Ustaz Haslam 200922

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman hendaklah berniat ketika mengerjakan amalan yang soleh kerana berkehendakkan redha Allah SWT.

• Amalan sedekah yang dilakukan kerana Allah SWT akan membantu seseorang hamba ketika dihari akhirat kelak.

• Imam Al Jawzi membahaskan didalam kitabnya betapa pentingnya melakukan amalan yang soleh dengan ikhlas. Semata-mata hendak keredhaan Allah SWT.

• Sesiapa yang melakukan amalan kerana riyak akan ditolak oleh Allah SWT diakhirat nanti. Betapa ruginya. Oleh kerana itu hendaklah dijauhkan diri dari sifat riyak.

• Untuk melakukan amalan tanpa sifat riyak adalah satu yang susah. Malah Imam AL Ghazali mengesyorkan bila sesaorang itu melakukan amalan dan dia sedar ada sifat riyak hendaklah diteruskan amalan itu. Serta berdoa memohon Allah SWT memberi kekuatan kepada nya supaya menghapuskan sifat ini.

• Nafsu dan syaitan berusaha bersungguh sungguh untuk meletakkan sifat riyak didalam qalbu seseorang beriman. Tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengetahui apa didalam qalbu seseorang itu. Maka teruskan amalan itu dengan sedaya yang termampu. Serta memohon kepada Allah SWT agar dijauhkan sifat riyak tersebut.

• Hamba hamba yang ikhlas itu sebagai pelita pelita hidayah. Sekiranya ada fitnah yang mereka tempuhi akan disinkirkan Allah SWT daripada mereka.

• Nabi SAW juga bersabda: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إلَّا ظِلُّهُ  "Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungannya..." Ghazali mengatakan, satu dari tujuh golongan yang disebutkan Nabi SAW adalah seorang lelaki yang dibujuk perempuan terpandang dan cantik tapi dia berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam."

وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنِّي أَخافُ اللَّه

Dikisahkan bahwa Sulaiman bin Yasar adalah lelaki yang sangat tampan. Seorang perempuan mendatangi dan mengajaknya bercinta. Akan tetapi, Sulaiman menolak.

Sulaiman berkata, "Kemudian aku bermimpi bertemu Nabi Yusuf AS. Seakan-akan aku sedang berbicara dengannya. "Apakah engkau Yusuf?"

Nabi Yusuf menjawab, "Benar aku adalah Yusuf orang yang diajak Zulaikah untuk berzina, Aku ingin melakukannya. Sedangkan kamu adalah Sulaiman, orang yang tidak mempunyai keinginan ketika orang wanita mengajakmu berzina."

Imam Ghazali mengatakan, terkait dialog Yusuf dan Sualaiman dalam mimpi hanya Allah Mahatahu yang benar. Dan hanya kepada Allah tempat kembali.

• Para imam mereka menangis ketika teringat ayat Al Quran dan Hadith akan keadaan orang yang berada didalam api neraka.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914