Ustaz Hafizulah 240922

Kuliah Maghrib

• Segala ilmu pengetahuan adalah kepunyaan Allah SWT. Orang yang beriman mencari ilmu untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

• Ilmu ibadah adalah untuk menjauhkan diri daripada kemurkaan Allah SWT. Memahami ilmu dan beramal dengan nya.

• Orang yang berilmu akan merasa gembira dengan apa yang dipelajari. Tidak pernah dia merasa jemu dan menyusahkan diri nya.

• Mencari kefahaman didalam sesuatu ilmu itu penting. Ini lah objektif utama setiap mukmin mencari dan mempelajari segala ilmu fardhu Ain dan fardhu Kifayah.

• Dewasa ini ramai yang menghabiskan masa di media sosial. Jadi sesiapa yang dapat menarik perhatian umum maka semakin popular dan mendapat berjuta 'like'. Sehingga sanggup membuka keaiban diri sendiri. Aib tersebut itu sudah lama dilakukan.

• Allah SWT mengasihani hamba NYA. Walaupun dia melakukan dosa, Allah SWT menutup aibnya. Tetapi sayang sekali hamba itu yang membuka aibnya sendiri. Perbuatan ini merupakan satu yang Allah SWT tidak suka dan tidak memaafkan.

• Sabda Rasulullah SAW "Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan 'mujaharah' itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya."

• Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: Setiap bayi yang lahir, dilahirkan di atas fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani. (Sahih Muslim)

• Pada hari ini setiap mukmin perlu sedar bahawa anak-anaknya didedahkan dengan cara hidup Nasrani dan Yahudi melalui media sosial. Cerita kartun didalam YouTube mendedahkan anak anak kecil dengan adegan sex. Secara direct atau indirect. Iklan iklan yang ditunjukkan didalam media sosial tidak ditapis. Yang tidak sesuai didedahkan kepada umum.

• Walaupun media sosial hari ini ada manfaatnya tetapi kemudaratan kepada pemikiran generasi muda cukup penat. Cara hidup orang-orang Nasrani dan Yahudi semakin menjadi-jadi menjadi minat masyarakat mukmin.

• Didalam filem 'star wars' ada adegan dimana tersebut kuasa 'the Force'. Tetapi ada masyarakat yang yakin sebagai akidah bahawa The Force itu wujud. Mengharap agar benda ini tidak menyerap didalam fikiran masyarakat kita.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914