Ustaz 030922

Kuliah Subuh

• Bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat iman dan Islam. Satu anugerah yang tidak semua manusia menikmatinya

• Bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan.

• Apa sahaja nikmat hendaklah hati kita mengucapkan alhamdulillah akan kenikmatan yang diberikan.

• Diajarkan kepada setiap mukmin mengucapkan kepujian kepada Allah SWT. Diatas nikmat yang diberi.

• Amalan kita menunjukkan akan kesyukuran kepada Allah SWT. Mengikut kehendak NYA. Mengerjakan amalan dan ibadat yang disunnahkan Rasulullah SAW .

• Allah SWT sentiasa mencukupkan rezki makhluk NYA. Selagi umat itu hidup, rezekinya akan sentiasa mengalir. Hinggalah dia mati.

• Rasulullah SAW mengajar akan para sahabat akan amalan yang akan menarik rezki kepada mereka.

• Orang yang beriman apabila mendapat nikmat daripada Allah SWT maka dia mengucapkan alhamdulillah dan memberitahu orang lain akan anugerah NYA.

• Begitulah juga sesiapa yang melakukan dosa hendaklah dia memohon ampunan Allah SWT. Mengucapkan astaghfirullah. Serta bertaubat kepada Allah SWT. Menyesal akan perbuatan itu. Berazam tidak melakukan lagi dosa tersebut. Memohon kepada NYA agar diampunkan dosa tersebut.

• Ada juga sesaorang yang Allah SWT menahan atau melambatkan nikmat keatasnya. Maka dia hendaklah juga sentiasa bersyukur. Serta faham bahawa kita sebagai manusia tidak ada kuasa melainkan dengan bantuan Allah SWT.

• Sebagai seseorang yang beriman hendaklah dia jangan sama sekali berputus asa akan nikmat Allah SWT. Sentiasa memanjatkan doa kepada NYA.
 
• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914