Ustaz Abdul Halim 250922

Kuliah Subuh

• Berzikir kepada Allah SWT setiap ketika. Boleh dilakukan sambil berdiri, duduk, berbaring dan apa sahaja keadaan.

• Solat yang dilakukan dengan baik juga ditakrifkan sebagai zikir.

• Suami isteri yang bangun malam untuk menunaikan solat malam juga dikira sebagai berzikir.

• "Jika seseorang lelaki (suami) itu bangun malam, dan mengejutkan isterinya (dari tidur), lalu mereka berdua solat dua rakaat, maka kedua mereka akan dicatat dari golongan yang banyak mengingati Allah." (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bayhaqiy)

• Membaca doa Mathurat yang dilakukan juga dianggap sebagai berzikir. Kerana ini merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat.

• Orang yang sedang berhadas kecil atau besar dibolehkan berzikir. Sama ada secara didalam hati atau secara lisan. Yang dilarang adalah membaca Al Quran ketika berhadas besar. Walau bagaimanapun membaca didalam hati tanpa melafazkannya dibolehkan.

• Melafazkan ayat "Innalillah wainnalillah hirojiun" dibolehkan bagi orang yang berhadas besar jika menghadapi sesuatu musibah.

• Orang yang berhadas juga dibolehkan membaca ayat 12 Surah Zukhruf ketika hendak menaiki kenderaan. :" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya"

• Didalam sesetengah masyarakat dimana mereka menyebut ayat ayat Al Quran didalam ucapan mereka. Ini sudah menjadi kelaziman mereka terutama masyarakat Arab. Maka para Ulama' membolehkan menyebutnya walaupun didalam keadaan berhadas besar.

• Orang-orang yang sakit dibolehkan berzikir. Sekiranya tidak dapat berwuduk hendaklah dia solat sebagai menghormati waktu. Selepas sembuh diwajibkan qadha semula.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914