Ustaz Rahmatullah 020922

Kuliah Maghrib

• Bagi orang yang beriman apabila menuntut ilmu perlulah memasang niat yang sepatutnya.

• Setiap ibadat perlulah berniat kerana Allah SWT.

• Menuntut ilmu adalah untuk mengetahui cara untuk beramal mengikut kehendak agama.

• Dengan berniat segala amalan yang dilakukan memperolehi pahala.

• Sekiranya sesaorang itu melakukan sesuatu perkara kerana dunia maka ia akan dapat apa yang diniatkan.

• Setiap orang yang menuntut ilmu akan mendapat ganjaran jika dia berniat dengan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah SWT.

• Orang yang melakukan ibadat jika dia berniat bukan kerana Allah SWT maka orang ini melakukan dosa.

• "Janganlah belajar ilmu agama untuk berbangga diri di hadapan para ulama, untuk menanamkan keraguan pada orang yang bodoh, dan jangan mengelilingi majelis untuk maksud seperti itu. Karena barangsiapa yang melakukan demikian, maka neraka lebih pantas baginya, neraka lebih pantas baginya." (HR. Ibnu Majah no. 254. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini dha'if. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

• Janganlah mencari ilmu untuk mendapat ganjaran didunia sahaja. Kerana setiap ibadat hendaklah berniat kerana Allah SWT. Barulah sesaorang itu mendapat pahala dan keredhaan NYA.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914