Ustaz Shukrie Alam Impian 170925

Kuliah Maghrib

• FB Live
https://www.facebook.com/share/v/174sohpKqv/

• Zina merupakan salah satu dosa besar didalam hukum Islam.

• Orang yang beriman yakin akan balasan yang dahsyat diakhirat nanti menunggu para penzina.

• Ilmu merupakan benteng menjaga diri daripada terjerumus ke dalam kehidupan bermaksiat.

• Manusia selain dari sifat baik ada juga sifat kebinatangan. Bernafsu yang tidak terbatas. Terutama nafsu seks.

• Didalam manusia ada juga sifat syaitaniah. Menghalang orang yang melakukan perkara-perkara yang baik. Mengalakkan orang melakukan maksiat.

• Didalam suasana dunia hari ini ada orang yang tidak melakukan penzinaan kerana -
✓ beriman kepada Allah SWT. Takut kepada hukuman melanggar larangan NYA.
✓ Tetapi ada juga orang yang tidak melakukannya kerana tidak berpeluang. Jika ada peluang dia akan melakukannya.

• Islam tidak menghalang hubungan lelaki dan perempuan. Malah digalakkan. Dengan cara yang halal. Iaitu dengan berkahwin. Didalam hukum Syara' dipermudahkan hal ehwal nikah.

• Agama juga memperingati umatnya bahawa permulaan zina adalah dengan pandangan pertama. Jadi mata memain peranan dalam perzinaan.

• Orang yang berzina akan hilang sinar keimanan. Malah dia diselubungi kegelapan.

• Allah SWT tidak akan melihatnya diakhirat nanti.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Shamsuddin 090809