Ustaz Hussaimi 161125

Kuliah Subuh

• Sebagai seorang yang beriman ada kewajipan yang ditetapkan Allah SWT.

• Dunia ini adalah kehidupan yang sementara. Tempat ujian sebelum menuju ke akhirat.

• Jadi semasa didunia ini ada syariat yang diwajibkan Allah SWT keatas semua hamba NYA.

• Berlainan dengan kehidupan di akhirat. Ia adalah tempat dimana Allah SWT membalas akan apa yang dilakukan oleh hamba NYA.

• Diakhirat adanya syurga dan neraka.

• Hakikatnya manusia adalah hamba kepada Allah SWT. Hendaklah sebagai seorang hamba itu mengikut kehendak pemiliknya.

• Bagaimana seseorang itu mengikut segala kehendak Allah SWT adalah dengan mengikut segala yang di sampaikan oleh para Rasul. Setiap zaman ada Rasul masing-masing. Bagi umat akhir zaman adalah Nabi Muhammad SAW.

• Rasulullah SAW adalah contoh kepada semua manusia. Tidak kira sama ada yang beriman atau tidak. Allah SWT mewahyukan Al Quran kepada Baginda untuk sekalian manusia.

• Sesiapa yang beriman kepada apa yang disampaikan oleh Baginda SAW akan mendapat ganjaran Diakhirat nanti. Kesenangan hidup didalam syurga.

• Sebaliknya sesiapa yang ingkar dan kafir kepada seruan Baginda SAW juga akan mendapat balasan diakhirat nanti. Balasan siksaan didalam neraka.

• Para sahabat Rasulullah SAW sebagai umat Islam generasi pertama adalah contoh kepada umat mukmin sepanjang zaman. Mereka taat dan patuh akan segala perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka sanggup korban nyawa dan harta benda untuk agama Allah SWT.

• Surah Al-Hadid, Ayat 23
Arabic:
لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Maksud (Terjemahan):
"(Kami jelaskan semua itu) supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang terlepas dari kamu, dan tidak terlalu bergembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."


Ringkas Tafsir & Pengajaran Ayat

1. Redha terhadap ketentuan Allah
Ayat ini mengajar supaya hati tidak terlalu sedih jika kehilangan sesuatu—rezeki, peluang, harta, atau ujian lain—kerana semuanya berlaku dengan ketetapan Allah.


2. Tidak berlebihan dalam kegembiraan
Jika Allah memberi nikmat, bersyukurlah, tetapi jangan sampai merasa hebat, riak, atau memandang rendah orang lain.


3. Jauhi sifat sombong
Allah menegaskan bahawa orang yang angkuh dan membanggakan diri adalah golongan yang tidak disukai-Nya.


4. Keseimbangan emosi seorang mukmin
Mukmin yang sejati tidak mudah berputus asa dan tidak hanyut dengan nikmat—hati mereka tenang kerana meyakini bahawa semua datang daripada Allah.


Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Rahmatullah 190819

Ustaz Shamsuddin 090809

Ustaz Yusuf 030825