Ustaz Dr Nizam 100623

Kuliah Subuh

• Ulama' mentafsirkan iman sebagai sesaorang membenarkan Allah SWT dan Rasulullah SAW (tasdiq), mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah, serta beramal dengannya.

• Bagi Ulama'ahli sunnah Waljamaah sesaorang yang beriman cukup dengan membenarkan Allah SWT dan Rasulullah SAW (Tasdiq).

• Sekiranya ada orang yang tasdiq kepada Allah tetapi tidak mengucapkan. Bila dia mati kita tak tahu samada dia seorang Islam atau tidak. Maka dia dikebumikan secara nya. Tetapi disisi Allah SWT berkemungkinan dia seorang yang beriman.

• Sekiranya seseorang percaya kepada Allah SWT dan mengucapkan dua kalimah syahadah. Tetapi tidak melakukan ibadat. Maka imannya itu sah tetapi dia tidak sempurna.

• Jika seseorang itu tidak beribadat tetapi mengaku bahawa perbuatan itu adalah haram dia masih beriman. Tetapi jika dia tidak mengaku kewajipan ibadah yang fardhu , maka batallah imannya.

• Berlainan pula dengan golongan Muktazilah yang mentakrifkan bahawa amalan itu sebahagian daripada iman. Jika dia tidak beramal maka tidak sah imannya.

• Pihak Khawarij pula menyatakan bahawa jika seseorang itu melakukan dosa besar maka tidak sah imannya. Pegangan golongan ini terlalu ekstrim. Dewasa ini pihak ISIS berpegang dengan mazhab ini.

• Iman seseorang itu boleh meningkat atau menurun. Bergantung kepada amalan solehnya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914