Ustaz Rahmatullah 120623

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman berbeza dengan orang yang menzalimi dirinya.

• Orang yang taat kepada Allah SWT berbeza daripada pelaku maksiat.

• Maka perlu setiap umat kembali kepada Allah SWT. Mohon dijauhkan NYA daripada menjadi hamba yang menderhaka.

• Setiap orang yang melakukan kebaikan, maka kebaikan itu untuk dirinya. Sebaliknya jika kita melakukan perkara yang buruk maka keburukan itu kembali kepada dirinya.

• Yang selamat adalah sesaorang hamba yang beriman itu kembali kepada ketaatan kepada segala perintah Allah SWT.

• Rugi orang yang melakukan maksiat. Walhal Allah SWT telah membimbing setiap jiwa kearah jalan yang lurus.

• Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi hamba yang disayangi Allah SWT maka segala jalan mencapai hasratnya itu telah dipermudahkan NYA melalui wahyu.

• Keseronokan sesaorang yang menjalankan segala amalan yang diperintah oleh Allah SWT tidak dapat dibanding. Ketaatan itu cukup menyeronokkan.

• Disebaliknya sesaorang yang kufur tidak akan mencapai kenikmatan. Tetapi kesusahan dan kedukaan hinggalah akhirnya dihumban ke dalam api neraka. Nikmat maksiat hanya sementara sahaja.

• Maksiat membuat sesaorang itu susah untuk mendapat ilmu agama.

• Menjaga diri daripada melakukan maksiat mata dituntut agar dapat merasa kemanisan beribadat.

• Ketaatan membawa seseorang itu bersifat dengan keperibadian yang baik dan terpuji. Sedar yang dirinya adalah seorang hamba yang banyak kelemahan. Sifat tawaduk.

• Ketaatan juga akan membawa seseorang hamba itu kepada peringkat ketakwaan. Allah SWT sayang akan orang yang bertaqwa. Ganjaran yang dijanjikan kepada hamba yang taqwa itu sungguh banyak.

• Nikmat syurga tidak terlintas oleh akal manusia. Orang yang taat sentiasa merindui nikmat yang dijanjikan. Walau bagaimanapun orang yang selalu melakukan maksiat hidupnya akan berakhir dengan kesusahan. Akan disiksa tidak terperi sakitnya didalam neraka.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914