Ustaz Hafizullah 240623

Kuliah Maghrib

• Bagi orang yang beriman yang mencari ilmu. Hidangan yang istimewa bagi akal sesaorang yang belajar adalah kefahaman.

• Digalakkan seseorang yang menimba ilmu agama berdoa kepada Allah SWT agar diberi kefahaman didalam beragama.

• Didalam sesuatu ilmu yang sudah diketahui oleh sesaorang yang beriman, perlulah dia berusaha untuk mendalami lagi ilmu tersebut. Agar kefahaman dia akan bertambah. "Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

• Setiap manusia dibina atas jasad dan roh. Roh itu wujud lebih lama daripada jasad. Rahsia dan hal ehwal roh ini adalah kehendak Allah SWT.

• Roh juga perlu disuburi oleh keimanan. Sekiranya roh itu rosak maka rosaklah iman dan akhlak sesaorang itu.

• Untuk membina roh yang mulia hendaklah berilmu. Ilmu untuk mensucikan roh sesaorang adalah ilmu tasawwuf. Wajib dipelajari oleh semua orang mukmin. Fardhu Ain.

• Roh yang mulia hendaklah patuh kepada Allah SWT. Beramal dengan ajaran Al Quran dan Hadith. Serta mengikut akhlak orang-orang soleh. Belajar memaafkan orang dan jauhkan diri daripada berdendam dan membenci insan yang lain.

• Roh yang sakit selalu bertembung untuk melakukan kebaikan dan maksiat. Ada ketika suka melakukan kebaikan, tetapi didalam masa itu juga melalukan maksiat. Tidak rasa menyesal bila berdosa.

• Orang yang melakukan amalan Soleh tetapi masih melakukan maksiat tanpa ada kesal jiwanya rosak. Imannya nipis dan bila mati kelak akan menyesal tidak sehingga nya.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914