Ustaz Syed Putra Haizan 180623

Kuliah Maghrib

• Permulaan untuk membina masyarakat mukmin adalah didirikan masjid. Inilah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW semasa di Madinah.

• Para sahabat sanggup berkorban untuk menjayakan risalah Islam. Dilakukan apa sahaja yang diperintah oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

• Saidina Ali RA  menggantikan Baginda SAW ditempat tidurnya ketika hijrah.

• Diawal perkembangan agama Islam, para sahabat ramai yang diseksa kerana iman mereka.

• Para sahabat mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi cinta mereka keatas dirinya dan keluarganya. Inilah iman generasi mukmin pertama.

• Abu Huzaifah ibnu Utbah Rabi'ah adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Memeluk Islam dimana seluruh keluarganya memusuhi Baginda.

• Amar Yasir diseksa dengan besi panas. Ibu dan bapanya dibunuh. Kerana imam mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

• Ketika Baginda Rasulullah SAW dihalau daripada penduduk Taif dia berhenti membasuh darah di kakinya disebuah kebun kepunyaan Utbah Rabi'ah. Pekerjanya bernama Adath memberi makan kepada Rasulullah SAW.

• Adath kemudian memeluk Islam setelah berkomunikasi dengan Rasulullah SAW.

• Utbah Rabi'ah membela anaknya Abu Huzaifah yang beriman apabila diganggu oleh orang kafir Quraish. Walaupun dia tidak beriman.

• Abu Huzaifah selalu berdoa agar bapanya memeluk Islam. Tetapi tidak tercapai. Akhirnya bapanya terbunuh didalam perang Badar.

• Seorang sahabat Baginda bernama Salim. Dia seorang hamba kepada Abu Huzaifah. Memeluk Islam bersama sama. Kemudian dibebaskan dan diambil sebagai anak angkat Abu Huzaifah.

• Kedua-dua orang Abu Huzaifah dan Salim syahid didalam peperangan Yamamah. Seluruh hidup dan mati mereka kerana cintanya kepada Islam.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914