Ustaz Azman 180623

Kuliah Subuh

• Ibadah Qurban hendaklah dilakukan mengikut segala hukum syara'.

• Kambing yang hendak diqurbankan hendaklah cukup umur. Dalam sekitar setahun hingga dua tahun. Ada tumbuh tanduk. Cukup sifat binatang tersebut.

• Lembu yang hendak disembelih perlulah cukup umur. Cukup sifatnya. Ada daging, tidak kurusnya.

• Binatang yang hendak diqurbankan adalah yang disayangi. Selagi mampu perlulah pilih yang paling elok.

• Dalam satu Hadis:

أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ لِيُضَحِّيَ بِهِ فَقَالَ : اِشْحَذِي اَلْمُدْيَةَ ثُمَّ أَخَذَهَا فَأَضْجَعَهُ ثُمَّ ذَبَحَهُ وَقَالَ: بِسْمِ اَللَّهِ اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمّةِ مُحَمَّدٍ

"Nabi S.A.W pernah menyuruh agar dibawakan seekor kibas yang bertanduk, kuku dan perutnya hitam dan sekeliling matanya hitam. Lalu kibas tersebut dibawa ke hadapan Baginda S.A.W untuk dijadikan korban. Baginda pun bersabda (kepada Aisyah), "Asahlah (pisau) dengan batu pengasah." Kemudian Aisyah mengasahnya dan Nabi S.A.W membaringkan haiwan tersebut lalu menyembelihnya. sambil mengucapkan, "Bismillah. Ya Allah terimalah korban ini daripada Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad.""

(Sahih Muslim, no. 1967)

• Rasulullah SAW telah bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِي شَىْءٍ

Maksudnya: "Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini, ( hari raya ) ialah kami bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban. Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunah kami. Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya, bukan untuk ibadat korban sedikit pun".

Riwayat al-Bukhari: 965 dan Muslim: 1961

•  Sifat-sifat binatang yang tak diperbolehkan untuk kurban oleh Nabi. Adapun sifat-sifat yang dimaksud dalam syarat tersebut sesuai dengan hadist berikut:

وَعَنِ اَلْبَرَاءِ بنِ عَازِبٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فَقَالَ: – "أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي اَلضَّحَايَا: اَلْعَوْرَاءُ اَلْبَيِّنُ عَوَرُهَا, وَالْمَرِيضَةُ اَلْبَيِّنُ مَرَضُهَا, وَالْعَرْجَاءُ اَلْبَيِّنُ ظَلْعُهَا  وَالْكَسِيرَةُ اَلَّتِي لَا تُنْقِي" – رَوَاهُ اَلْخَمْسَة ُ . وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ, وَابْنُ حِبَّان َ

Artinya:

Dari Al Bara' bin 'Azib radhiyallahu 'anhuma, ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah berdiri di tengah-tengah kami dan berkata, "Ada empat cacat yang tidak dibolehkan pada hewan kurban: (1) buta sebelah dan jelas sekali kebutaannya, (2) sakit dan tampak jelas sakitnya, (3) pincang dan tampak jelas pincangnya, (4) sangat kurus sampai-sampai tidak punya sumsum tulang."

Dikeluarkan oleh yang lima (empat penulis kitab sunan ditambah dengan Imam Ahmad). Dishahihkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

• Diriwayatkan daripada 'Ali bin Abi Talib RA iaitu:

أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا

Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengarahkan aku untuk melakukan sembelihan terhadap unta dan mengarahkan juga kepadaku agar tidak memberi daging daripadanya sebagai upah kepada penyembelih dan juga pelapahnya.

Riwayat Al-Bukhari (1716) & Muslim (1317)

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914