Ustaz Muhaimin 160623

Kuliah Maghrib

• وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ
• Surah Al Baqarah ayat 186. Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

• Ayat diatas diturunkan kerana ada soalan kepada Rasulullah SAW mengenai adakah Allah SWT dekat kepada hamba NYA.

• Surah Al Hadid ayat 4...

هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ فِيْ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِى الْاَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاۤءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيْهَاۗ وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَ مَا كُنْتُمْۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌۗ

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

• وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Qaaf : 16).

• Yang ditafsirkan yang Allah SWT dekat dan bersama Nya tidaklah sama dengan cara manusia. Tetapi ia lebih daripada menunjukkan akan kekuasaan dan ilmu NYA, dimana diketahui akan apa yang dikerjakan oleh hamba NYA.

• Manusia yang ingin mendekati Allah SWT adalah dekat dihati. Selalu mengingati NYA. Patuhi segala perintah NYA. Kehendak NYA didahului.

•  Semua makhluk dialam ini sentiasa memuji Allah SWT. Dan DIA yang mentadbir segala sesuatu. Termasuk manusia. Tidak terlepas sesuatu dialam ini daripada pengetahuan NYA. Tidak ada yang dapat hijabkan diri daripada NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914