Ustaz Shamsuddin 110623

Kuliah Subuh

• Kebanyakan orang bila dia ditimpa kesusahan maka kepada Allah SWT dia merayu. Tetapi bila senang dia lupa malah sombong.

• Orang yang beriman akan sentiasa kembali kepada Allah SWT. Tidak kira diwaktu susah dan senang. Itulah ajaran Islam.

• Sekiranya hidup ini dirasakan susah, pada Allah SWT tempat kembali memohon pertolongan. Dimana manusia ketika itu memandang kecil diri kita. Kawan dan keluarga pun larikan diri daripada kita malah mencela lagi. Maka tempat mengadu hanyalah kepada Allah SWT.  Tempat kita memohon pertolongan. Manusia tidak fahamkan keadaan tetapi yakinlah Allah SWT tahu apa yang kita lalui.

• Sebagai seorang yang beriman perlulah kita yakin apa sahaja yang terjadi keatas diri kita adalah dengan izin Allah SWT. DIA maha mengetahui. Merupakan ujian kepada diri hamba-Nya.

• Takkala berhadapan dengan ujian kesusahan maka setiap orang yang beriman perlulah kembalikan diri kepada Allah SWT. Segera memuji dan memohon pertolongan dengan berdoa bersungguh-sungguh. Berserah diri.

• Hakikatnya setiap ujian itu baik bagi diri rohani seseorang yang beriman. Sebagai hamba kita hendaklah sedar bahawa ujian tersebut sebenarnya datang daripada Allah SWT. DIA suka akan hamba yang memohon pertolongan NYA.

• Berlainan dengan orang yang nipis imannya. Dia bergantung sepenuhnya bantuan manusia. Bila susah dia mengharap pertolongan manusia. Lupa dia kepada Allah SWT. Perbuatan ini menjemput satu kemurkaan daripada NYA.

• Bagi orang yang beriman setiap ujian akan membawanya lebih dekat dengan Allah SWT. Lebih banyak melakukan amal yang soleh. Mengharap dengan amalan tersebut membawanya lebih dekat dengan Allah SWT.

• Sebaliknya bila mendapat kesenangan orang yang beriman kembalikan juga diri kepada NYA. Bersyukur serta memuji akan kebesaran NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914