Ustaz Syukri Alam Impian 210623

Kuliah Maghrib

• Solat adalah ibadah yang penting. Ibadat yang diwajibkan dan diperintahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW secara terus-menerus.

• Sesaorang yang beriman hendaklah mereka mendirikan ibadah solat kerana mengingati Allah SWT. Perlu fokus niat mengenai solat tersebut kerana hendak mendapat keredhaan NYA.

• Manusia adalah makhluk yang selalu lupa. Oleh demikian itu diperintahkan manusia mendirikan solat. Supaya mereka tidak lupa akan Allah SWT. Justeru itu secara tidak langsung di peringatkan manusia agar ingat akan dosa dan pahala, syurga dan neraka dan selanjutnya apa yang diajarkan Rasulullah SAW.

• Orang yang beriman jadikan solat sebagai mekanisme untuk sentiasa mengingati Allah SWT. Agar selalu berwaspada dengan semua perintah dan larangan agama. Supaya kehidupan ini selamat didunia dan diakhirat.

• Manusia dan jin dijadikan Allah SWT supaya beribadat kepada NYA. Tanpa solat besar kemungkinan manusia akan leka dan tersimpang jauh daripada menjalani hidup ini sebagaimana yang diperintahkan NYA.

• Cabaran utama didalam mendirikan solat adalah untuk khusyuk. Perlulah orang yang beriman berusaha sempurnakan solatnya.

• 'Outcome' solat adalah sesaorang itu menjauhkan dirinya daripada maksiat. Dia juga membina dirinya dengan sifat-sifat mulia mengikut model Islam. Selalunya orang yang menjaga solatnya adalah orang yang baik-baik.

• Islam adalah satu cara hidup. Setiap ibadah yang diperintahkan perlu dijalankan mengikut hukum syara'. Tahu akan perkara yang rukun, wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Begitulah sesaorang yang beriman apabila hendak mendirikan solat perlulah dia mempunyai ilmu. Solat sebagaimana dikerjakan Rasulullah SAW.

• Solat itu dapat diandaikan seperti satu tali ikatan sesaorang hamba dengan Allah SWT. Jika tali itu putus maka jauhlah dia daripada NYA. Malah lebih hina apabila seorang hamba mempermain-mainkan kewajipan solat. Boleh membawanya menjadi seorang kafir.

• Menunaikan solat juga sebagai memudahkan berdoa kepada Allah SWT. Begitu juga dengan bersolat juga sesaorang memberi selawat keatas junjungan baginda Rasulullah SAW.

• Rahsia kekuatan umat mukmin terdapat didalam solat. Jika umat Islam kuat mendirikan solat maka akan kuatlah umat tersebut berhadapan dengan musuh.

• Syaitan juga kalah dengan orang yang solat. Kecewa dia dengan orang yang patuh dan kekal mendirikan solat kerana Allah SWT.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914