Posts

Ustaz Othman Hamzah 300511

Ustaz Othman Hamzah 300511 Kuliah Maghrib 1. Orang yang berkecimpung dengan Riba, bagaikan berperang dengan Rasulullah SAW dan Allah SWT Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279) 2. Dosa orang yang melakukan riba, samalah dosa orang yang berzina denagn ibu kandungnya dihadapan Kaabah. 3. Sesiapa yang makan riba, dia akan dibangkitkan diakhirat seperti orang yang disampok oleh iblis dan syaitan. "Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)". (Surah al-Baqarah : Ayat 275) 4. Tidak akan ada keberkatan bagi orang yang memakan riba 5. Sedekat orang yang sedemikian tidak diterima Allah SWT. Begitu juga dengan hasil daripada riba tidak akan mendapat barakah. 6. Orang yang kaya didun...

Ustaz Rusmaidi 210511

Ustaz Rusmaidi 210511 Kuliah Subuh • Ciri ciri orang Islam yang bakal dihumban kedalam neraka • Orang tua yang masih membuat maksiat seperti berzina. Berkekalan membuat maksiat, tidak ada keinginan untuk bertaubat. Hidupnya tidak menambah pahala. • Pemerintah yang zalim. Iaitu mereka yang tidak menghukum dengan hukuman Allah SWT. • Peminum arak dan tuak. • Orang yang menderhaka kepada ibubapa. • Orang yang mengumpat akan orang lain. • Orang yang berdusta dengan ayat ayat Allah SWT. Ia itu mereka yang mengambil sebahgian ayat Al Quran dan menolak sebahgian daripadanya. • Orang yang tiada memberi Zakat. • Orang yang menzalimi orang lain. • Orang yang meninggalkan sembahyang. • Orang yang mengandu domba. Orang yang suka memecah belah masyarakat. Wassalam

Ustaz Ghazali Hasbullah 290511

Ustaz Ghazali Hasbullah 290511 Kuliah Maghrib 1. Allah SWT sifatnya sentiasa BERKUASA. Sifat ini wajib bagi NYA. 2. Pada hari ini ramai manusia tidak yakin kepada sifat yang Allah SWT sahaja yang berkuasa. Tidak ada bersekutu dengan NYA. Malah jauh sekali bahawa manusia itu mempunyai kuasa bersamaan atau setanding dengan kuasa Allah SWT. 3. Secara praktiknya kita dapat lihat didalam kehidupan manusia mereka telah meletak manusia atau benda lain yankg mempunyai kuasa. Kadang kala mereka yakin yang kuasa kuasa manusia atau negara itu setanding dengan kuasa Allah SWT. 4. Orang orang yang beriman yang hatinya bersih dapat beritiqat bahawa Allah SWT sahajalah yang berkuasa. KuasaNYA tidak ada tandingannya di alam semesta. Dari dahulu hingalah bila- bila. 5. Bagi orang kafir mereka tidak akan nampak kesan kekusaan Allah SWT. Tetapi lainnya dengan orang orang yang beriman mereka yakin dan nampak akan kesan kekuasaan Allah SWT. 6. Kekuasaan Allah SWT kuasaNYA dapat dirasa oleh hati. Maka penti...

Ustaz Tajuddin 290511

Ustaz Tajuddin 290511 Kuliah Subuh 1. Surah Asr, adalah surah yang dinamakan masa. Begitu juga dengan Surah Insan. Kedua surah ini berkaitan dengan kemanusiaan. 2. Manusia itu berada didalam kerugian, - kecuali orang orang yang beriman - Perpesan dengan kebenaran - Perpesan dengan kesabaran 3. Kewajipan manusia - beriman kepada Allah SWT - menyerjakan amalan yang soleh - berdakwah kepada mukmin supaya kembali kepada agama Allah SWT - berdakwah kepada orang kafir kepada agama Islam - bersabar dalam berdakwah 4. Mereka yang dapat mengerjakan perkara yang diatas akan berjayalah dia keluar daripada keadaan kerugian Wassalam

Ustaz Zaid 270511

Ustaz Zaid 270511 Kuliah Maghrib 1. Kejayaan didalam Islam - Didunia mendapat ketenangan - Diakhirat mendapat kesenangan 2. Muhasabah - Mempengaruhi diri kita sendiri - Membawa kepada kejayaan 3. Indeks Kejayaan Diri - Surah Al Mukminun Bismillahi al-Rahmani al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 23-1: Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman. 23-2: (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. 23-3: Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia. 23-4: Dan orang yang menunaikan zakat. 23-5: Dan orang yang menjaga kemaluannya. 23-6: Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela. 23-7: Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang melampaui batas. 23-8: Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya. 23-9: Dan orang yang memelihara solatnya. 23-10: Mereka itulah yang akan mewarisi, 23-11: Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. 4. Solat yang khusyuk - kenapa ramai yang ber...

Ustaz Abdul Halim 220511

Ustaz Abdul Halim 220511 Kuliah Subuh 1. Rasulullah SAW tidak pernah meninggal solat sunat zuhur - Dua atau empat rakaat sebelum dan selepas solat zuhur - Baginda sembahyang sunat dirumah kemudian keluar kemasjid berjemaah bersama sahabat baginda - Baginda pernah sembahyang sunat selepas maghrib dirumahnya - Begitu juga dengan sembahyang Isya' 2. Sembahyang qabliyah Zuhur - Empat atau dua rakaat - Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan - Fadhilatnya adalah Allah SWT mengharamkan api neraka daripada menyentuhnya - Ketika itu pintu pintu langit dibuka. Amalan soleh dibawa naik. Doa diwaktu itu mustajab 3. Sembahyang sunat qabliyah Asar - Apabila memberi salam, diberikan kepada para malaikat 4. Solat sunat Maghrib - Terdapat riwayat bahawa para sahabat mengerjakan sunat maghrib - Sebelum dan selepas solat maghrib - Terdapat qilaf didalam solat sunat sebelum Maghrib 5. Terdapat kelebihan kepada orang yang menunaikan solat berjemaah - Malah para isteri juga mendapat ganjaran jika suam...

Ustaz Nik Bakri 190511

Ustaz Nik Bakri 190511 Kuliah Maghrib 1. Sifat yang mustahil bagi Allah SWT. Sesiapa yang tidak memahami sifat sifat Allah SWT, maka ia merupakan satu dosa besar. Maka lebih besar dosanya daripada tidak mengetahui ilmu fiqah. Malah ia boleh membawa sesaorang itu kepada kekufuran. 2. Sifat- sifat yang mustahil bagi Allah SWT adalah seperti berikut: 1. 'Adamun Tiada 2. Hudutsun Baharu 3. Fanaun Binasa 4. Mumatsalatul Lil Hawadisi Menyamai Dengan Makhluknya 5. Qiyamuhu Bi Ghairihi Berdiri-Nya Dengan Yang Lain 6. Ta'addud Berbilang-Bilang 7. Ajzun Lemah 8. Karahah Terpaksa 9. Jahlun Bodoh 10. Mautun Mati 11. Summun Tuli 12. 'Umyun Buta 13. Bukmun Bisu 14. Ajizan Yang Lemah 15. Karihan...