Posts

Ustaz Jemputan 291018

Kuliah Maghrib ✓ Sahabat besar Rasulullah SAW. Adalah mereka yang selalu duduk dimajlis Baginda. Ada yang banyak meriwayatkan hadis. Tetapi ada juga yang tidak banyak meriwayatkan hadis. ✓ Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Usman dan Saidina Ali merupakan sahabat besar Rasulullah SAW. ✓ Utbah RA adalah seorang sahabat besar yang meriwayatkan hadis yang mahsyuhr mengenai kebesaran surah tiga Qul. ✓ Ibnu Abbas RA merupakan seorang sahabat besar Rasulullah SAW. Beliau juga sepupu Baginda. ✓Beliau meriwayatkan hadis mengenai kedudukan makmum ketika mengikut imam. Ia itu Afdhal  berdiri dibelakang imam disebelah kanan. ✓ Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma. Ia berkata: "Aku menginap di rumah bibiku, Maimunah. Pada malam harinya, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam shalat malam. Lalu aku bangun dan berdiri di sebelah kiri beliau. Lalu beliau memegang kepalaku dan memindahkanku ke sebelah kanan beliau." Hadis Muttafaq 'Alaih. ✓ Ath-Thabran...

Ustaz Mizan 281018

Kuliah Maghrib ✓ Allah SWT menjaga umat dari fitnah dajjal. Bagi sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al Kahfi. ✓ Baginda Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar umat mukmin dilindungi daripada fitnah dajjal. ✓ Fitnah dajjal itu akan muncul diakhir zaman. Maka kita ini sudah sampai ke akhir zaman. ✓ إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". Surah Kahfi ayat 10 ✓ Perhatikan doa didalam ayat yang diatas. Doa yang dipohon oleh Ashabul Kahfi kepada Allah SWT kerana diburu oleh raja yang zalim. Kerana mereka orang yang beriman. Tidak mahu mengikut cara pemerintah yang kafir ✓ Orang-orang yang beriman hendaklah selalu membaca Al Quran. Kerana ia menjad...

Ustaz Yahya 281018

Kuliah Subuh ✓ Allah SWT tidak memberatkan umatNYA. Apa sahaja perintah NYA adalah sesuatu yang mampu dijalankan. ✓ Manusia ada yang ikhlas bila melakukan sesuatu ibadah. Tetapi ada juga yang tidak ikhlas. Ada yang riak. ✓ Hati yang ikhlas itulah yang dipandang oleh Allah SWT. DIA tidak menilai manusia pada pandangan fizikal. Tetapi yang dinilai adalah hati yang betul ikhlas apabila seseorang ganda melakukan kewajipannya ✓ Nikmat bagi sesaorang hamba adalah dia mendapat keredhaan Allah SWT didalam amalannya. Walaupun sedikit amalannya, tetapi segala amalannya diterima  NYA. ✓ Sebaliknya amalan yang banyak yang dikerjakan oleh seseorang tetapi tidak ikhlas didalam melaksanakannya. Dia didorong oleh nafsu. Melakukan ibadah kerana hajat yang terselindung. Keikhlasannya cacat. Allah SWT tidak melihat amalan sebegini. ✓ Orang yang ikhlas, setiap amalannya akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Dia mendapat Nur Iman. Mata hati yang terang. ✓ Apabila Allah SWT memberi redhaNYA kepada sese...

Ustaz Adnan 241018

Kuliah Maghrib ✓ Pahala yang diberi kepada hambaNYA setelah dia membuat amalan yang baik      • Bukanlah wajib bagi Allah SWT      • Hanya harus sahaja      • Pahala yang diberi kerana rahmat NYA ✓ Seseorang mukmin apabila dia melakukan amal yang Soleh hendaklah kerana ikhlas kepada Allah SWT. Bukan kerana hendak mendapat pahala. ✓ Syurga diberikan Allah SWT kepada hambaNYA bukanlah kerana dia itu melakukan amalan. Tetapi syurga diberikan kepada hamba NYA kerana rahmatullah. Inilah pegangan ahli sunnah Waljamaah. ✓ Orang yang beriman hendaklah memahami qado' dan qadar adalah kehendak Allah SWT ✓ Setiap yang jadi dialam ini adalah kehendak Allah SWT. Semua umat berkehendakan NYA. Dan DIA adalah yang terkaya sekali. ✓ Wassalam

Ustaz Dato' Nizam 231018

Kuliah Maghrib ✓ Apabila Allah SWT menurunkan bala' keatas hambaNYA ...      • Sebagai peringatan      • Balasan diatas maksiat ✓ Nabi Noh AS menjalankan dakwah kepada umatnya selama 950 tahun. Tetapi masih juga degil untuk beriman. Oleh demikian Allah SWT menghapuskan mereka yang kafir dengan satu banjir yang besar. ✓ Ramai Nabi- Nabi pengikut mereka berlaku curang. Enggan untuk beriman. Sehingga Allah SWT menghapusnya umat mereka dengan berbagai bala'. ✓ Kaum Nabi Luth juga menerima nasib yang sama kerana engkar berhenti daripada melakukan maksiat. Allah SWT memerintahkan malaikat bertemu Nabi Luth memberitahunya akan hukuman yang akan dikenakan keatas umatnya. Di hari itu, di akhir malam, Jibril mengangkat rumah-rumah kaum Luth. Semuanya ada tujuh rumah. Rumah-rumah itu diangkat, lalu dibalikkan. Bagian atas ditaruh di bawah kemudian dihempaskan ke bumi. Sementara dari langit batu-batu dari sijjil –yang setiap batu tertulis nama orang yang hendak ditimpakan—menghujani mereka...

Ustaz Nazri 221018

Kuliah Maghrib ✓ Saidina Aisyah RA melihat sendiri akan saat terakhir Rasulullah SAW hendak bertemu dengan maut ✓ Di depan Rasulullah SAW terdapat bejana berisi air. Beliau memasukkan kedua tangannya dalam wadah tersebut dan mengusapnya ke wajahnya seraya berkata: لا إله إلا الله إن للموت سكرات "Tiada Tuhan selain Allah, sesungguhnya setiap kematian itu ada sakaratnya." ✓ Baginda SAW yang merupakan seorang kekasih Allah SWT pun ketika sarakatul maut merasa kesakitan. Cuba bayangkan kita yang hina ini. Yang bekalan untuk akhirat amat sedikit. ✓ Sebagai insan yang tidak terlepas daripada perbuatan dosa perlulah memperbanyakkan istighfar ✓ Seorang yang beriman perlu beringat bahawa sesaorang mukmin yang berakhlak baik akan kesyurga. Tetapi yang tidak berakhlak baik masuk ke dalam neraka ✓ Berdoalah kepada Allah SWT agar kita mendapat satu kematian yang baik. ✓ Orang-orang yang beristiqamah didalam agama Islam akan datang bertemu mereka di padang Mahsyar dua malaikat yang mendamp...

Ustaz Azman 211018

Kuliah Subuh ✓ Iman didalam hakikatnya adalah membenarkan didalam hati akan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW ✓ Melafazkan dua kalimah syahadah itu belum memenuhi kehendak iman. Ada juga orang bukan Islam yang boleh lafaz syahadah. Bila ditanya sudah memeluk Islam dijawapnya belum lagi ✓ Lafaz syahadah merupakan Syarat untuk diperlakukan hukum Islam didalam dunia ini sahaja. Pada hakikatnya sama ada dia benar-benar beriman hanya Allah SWT yang menilainya ✓ Hari ini ramai yang mengaku Islam tetapi akhlaknya tidak melambangkan yang dia seorang yang beriman. Bila dinasihati dengan baik tidak mahu menerimanya ✓ Beriman kepada Allah SWT itu cukup bila dia membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW Didalam hatinya sahaja. Tetapi bagi manusia lain untuk mengetahui imannya perlulah dilafazkan. Supaya dapatlah diperlakukan hukum syariat keatasnya. Seperti bab kahwin, faraid, mati dan yang lain-lain lagi ✓ Oleh demikian janganlah kita semudahnya melabelkan sesaorang itu manusia yang tidak...