Posts

Ustaz Hazaman 310319

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW membawa rahmat kepada seluruh umat manusia. Secara khusus orang orang mukmin. Terutama kaum mukmin dinegara ini. Jadi pengorbanan dan usaha gigih Baginda kita hari ini menjadi orang yang beriman. ✓ Perlulah orang beriman menghormati Baginda dengan memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Rasulullah SAW. ✓ Surah Al Isra' Ayat 1: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ✓ Satu mukjizat Rasulullah SAW adalah  Isra' dan mikraj yang termaktub didalam ayat AL Quran seperti diatas. Yang terjadi pada 27hb Rejab. Tahun baginda kehilangan orang tersayang iaitu isterinya Saidatina Khadijah dan Bapa Saudaranya Abu Talib. ✓ Perjalanan Rasulullah SAW Didalam peristiwa Isra'dan ...

Ustaz Ibnu Hubain 300319

Kuliah Maghrib ✓ Bulan Ramadhan akan muncul . Maka perlulah membuat persiapan yang sepatutnya. ✓ Jangan mengambil kesempatan akan bulan Ramadhan. Tetapi perlulah kita mengejarkan keberkatan dibulan yang mulia ini. ✓ Apabila masuk bulan Rejab, Nabi SAW berdoa: اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان Yang bermaksud, Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya'ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan ✓ Dibulan yang mulia ini digalakkan memperbanyakkan doa keatas kedua orang ibu bapa kita. ✓ Perlulah orang yang beriman apabila memohon doa membesarkan zat Allah SWT sambil memuji segala anugerah NYA keatas makhluk NYA. ✓ Ambillah kesempatan mendoakan ibu bapa, guru, orang alim dan saudara terdekat didalam bulan bulan yang mulia ini. ✓ Wassalam

Ustaz Nazri Nasir 280319

Kuliah Maghrib ✓ Majlis ilmu itu penting       • Mendapat Rahmah       • Keberkatan       • Beradab       • Mencintai agama ✓ Orang yang hadhir didalam majlis ilmu Allah SWT akan mengurniakan nikmat dan rahmah NYA. Dihidupkan hati dengan Nur Cahaya Iman. Bagaikan bumi yang disirami dengan air hujan. ✓ Allah SWT menjadikan orang yang berilmu kedudukannya tinggi disisiNYA. Yang pentingnya adalah ilmu akhirat (agama). ✓ Sekiranya hati itu tidak dihidangkan dengan ilmu tiga hari berturut-turut maka ianya akan mati (keras). Kerana makanan hati itu adalah ilmu dan hikmah. Perlulah sesaorang beriman menghadiri kedalam majlis ilmu. ✓ Orang yang selalu tidak hadhir didalam majlis ilmu dia tidak merasa apa apa akan kehilangan ilmu tersebut. Ini adalah kerana hatinya dah keras. ✓ Apabila hati tidak diberi ilmu agama secara berterusan dikhuatiri ia akan jauhkan dari cintakan hidup akhirat dan dekat kepada mencintai kehidupan dan kesenangan dunia. ✓ Kejahilan akan ilmu agama akan melemahkan agama I...

Ustaz Nazri 250319

Kuliah Maghrib ✓ Surah At- Takaathur ayat 1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), ✓ Orang yang beriman menggunakan kekayaan sebagai instrumen untuk berbakti kejalan Allah SWT. Berlawan dengan orang yang lalai dengan kekayaannya, leka dan lalai menunaikan tanggungjawab kepada agama Allah SWT. ✓ Begitu juga dengan anak anak. Kadang kala kita lalai dengan kerenah anak anak hingga lupa akan tanggungjawab kepada agama Allah SWT. ✓ Sehingga dia dah tua umurnya tetapi tetap juga mencintai keduniaan. Masih suka mengumpulkan harta dan kemewahan. Tidak mahu meninggalkan dunia yang disayanginya. Tetapi apa hal dengan dosa dosanya. Apa kah tindakannya? Sudahkah dia bertaubat... ✓ Bila hartanya musnah, dia akan merasa sedih tidak terhingga. Tetapi jika anak anaknya tidak mengerjakan solat dia tidak merasa sedih pun... ✓ Dunia yang kita kejar hingga ...

Masjid AL Huda 240319

Kuliah Subuh ✓ Dari Anas bin Maalik radliyallaahu 'anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang suka diluaskan rizkinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim" [Shahiih Al-Bukhaari]. ✓ Allah SWT melaknat...      • Mempersekutukan Allah SWT dengan makhluk yang lain      • Melakukan kerosakan didunia ini      • Memutuskan tali silaturrahim ✓ Apabila dilaknati Allah SWT, maka sesaorang itu sudah tidak dapat mencari jalan kearah kebaikan. Ditutup pandangannya hingga yang maksiat pun dilihat seperti biasa sahaja. Begitu juga bila orang lain melakukan kebaikan dia tidak melihat kebaikan tersebut. ✓ Hubungan silaturrahim dengan yang wajib perlulah dijaga. Ianya ada kesan keatas barakah rezeki dan usia sesaorang. Diberkati hidupnya dengan perkara yang baik. ✓ Hubungan anak dengan ibu bapa wajib dijaga dengan baik. Ada tanggungjawab anak terhadap kedua orang ibu bapanya. Anak lelaki wajib men...

Ustaz Jihad 230319

Kuliah Subuh ✓ Orang orang yang beriman tenang hatinya apabila berzikir kepada Allah SWT. Bagaikan baja bagi pokok. ✓ Allah SWT adalah zat yang paling agung. Orang yang beriman cinta kepada NYA. Oleh kerana itu dengan mengingati Allah SWT jiwa akan tenang. ✓ Majlis ilmu adalah satu daripada majlis zikir. Berada didalam majlis ilmu samalah dengan berzikir. ✓ Oleh kerana itu perlulah dimasjid masjid memperbanyakkan majlis ilmu. Agar mesyarakat akan lebih dekat dengan Allah SWT dan mencintai akan agama NYA. ✓ Dengan berzikir akan diberi ganjaran dihari pembalasan kelak . "Barangsiapa mengucapkan; Subhanallahi wa bihamdihi - Mahasuci Allah dan segala puji hanya bagi-Nya, sebanyak seratus kali dalam sehari, maka Allah SWT akan mengampuni dosanya, meskipun sebanyak buih di lautan." (HR. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim) ✓ Berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW juga merupakan sama dengan amalan berzikir. Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang berse...

Ustaz Azman 170319

Kuliah Subuh ✓ Allah Ta'ala berfirman: وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (QS Al-Baqarah: 191) وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ "Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (QS Al-Baqarah: 217) ✓ Fitnah disini bererti ...       • sifat syirik       • azab       • siksaan akhirat ✓ Secara am nya fitnah boleh dimaksudkan sebagai menyebarkan keburukan sesuatu yang tidak benar. ✓ Sekarang ini ramai yang melakukan fitnah dengan menyebarkan sesuatu keburukan orang tanpa diperiksa dahulu. Ini merupakan perkara yang keji. Lebih lebih buruk daripada membunuh. ✓ Sebagai orang beriman hendaklah kita memastikan berita sesuatu perkara itu sahib sebelum menyebarkan sesuatu berita. ✓ Rasulullah SAW bersabda, "Tidak masuk surga orang yang suka menyebarkan fitnah," (HR. Bukhari dan Muslim). ✓ Fitnah itu kesannya buruk keatas sesaorang. Serta merosakkan masyarakat mukmin. Orang yang beriman ...