Ustaz Ghazali Omar 060109 dimasjid Al Huda

Kuliah Maghrib
Masjid Al Huda S19 S/Alam

• Diakhir zaman ini ramai masyarakat Islam melakukan maksiat dengan bersahaja. Perkara yang haram dicari helah untuk menghalalkannya.

• Orang mukmin hendaklah menghindarkan diri mereka daripada melakukan perkara maksiat. Perkara yang Haram dan halal perlulah jelas dan harus datang daripada sumber Al-Quraan dan Al-Hadith.

• Berzikir adalah satu amalan yang dapat mengingati Allah SWT. Supaya tidak leka daripada suruhan dan larangan NYA. Lagi pula berzikir itu satu perkara yang disukai Allah SWT.

• Walau bagaimana banyak amalan yang dilakukan manusia, jin dan malaikat, perlulah diingatkan bahawa segala kebaikan itu tidak diperlukan oleh Allah SWT. Kerana Tuhan tidak memerlukan apa-apa daripada hambanya. Sebaliknya hambanya lah yang mengharap sesuatu daripada Allah SWT. Segala amalan soleh yang dikerjakan oleh hamba itu hanyalah untuk kebaikan diri sendirinya.

• Ganjaran amalan kepada hamba bergantung kepada niat yang ikhlas. Jika amalan tersebut dilakukan semata-mata kerana mengharap keredhaan Allah SWT maka tentulah mendapat ganjaran yang berlimpah ruah.

• Orang mukmin digalakkan supaya sentiasa berdoa dan berzikir kepada Allah SWT. Agar mendapat belas kasihanNya. Serta dijauhkan diri daripada hasutan yang jahat. Terhindar daripada perbuatan maksiat..

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809