Ustaz Yussof 040109

Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Yussof daripada JAKIM.

Tahun ini kita menyambut tahun baru hijrah dan masehi secara silih beberapa hari. Kedatangan tahun baru ini memperingatkan kita yang usia kita sudah pendek setahun.

Terdapat beberapa peristiwa yang mencerminkan satu keberanian umat agama lain dinegara ini yang dengan sengaja dan terbuka telah mengkritik agama Islam.

Garis panduan telahpun diberikan oleh para ulama bagaimana kita bergaul dengan orang yang bukan Islam. Juga digariskan bagaimana untuk kita menyambut hari kebesaran orang orang yang bukan Islam.

Sejarah para nabi dipenuhi dengan dugaan dan ujian daripada Allah SWT. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, baginda juga berhadapan berbagai dugaan. Untuk menyampaikan wadah Islamiah ini baginda terpaksa bersusah susahan sebelum mengecap kejayaan.

Peristiwa para anbiya' sepatutnya dijadikan satu pengajaran oleh umat Islam pada hari ini. Allah SWT juga akan mengujikan keimanan kita menghadapi dengan orang- orang yang menentang ajaran agama Allah SWT. Adakah kita bersabar dan berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk mempertingkatkan syiar agama Islam. Mempertahankan kesucian Islam.

Generasi akan datang akan menilai agama dengan apa yang ditinggalkan kepadanya daripada generasi yang sebelumnya. Bagi generasi sekarang ditinggalkan beberapa warisan yang usulnya datang daripada agama Islam. Saperti tulisan jawi didalam bahasa Melayu di Nusantara. Jawi sumbernya adalah daripada bahasa Al Quran iaitu bahasa Arab.

Nabi Muhammad SAW adalah role model bagi setiap umat muslim dizaman ini. Amalan baginda merupakan satu ikutan dan sumber hukum selain daripada Al Quraan. Malah kitabullah ini pun untuk memahaminya perlu mengkaji sejarah Rasulullah SAW. Malah para ulama mengeluarkan fatwa fatwa berdasarkan hadith dan pemikiran para sahabat. Maka perlulah umat Islam pada hari ini mempertingkatkan kedudukan para ulama; 'social standing' didalam masyarakat kita.

Apakah yang akan kita tinggalkan kepada generasi akan datang. Melihat daripada beberapa perkara yang sedang berlaku didalam masyarakat saperti pergaulan bebas lelaki perempuan, meminum arak, berjudi, merempit dan lain lain lagi. Maka generasi akan datang akan lebih jauh daripada amalan agama Islam selagi generasi hari ini tidak melakukan sesuatu untuk mengekangkan perbuatan maksiat daripada berluasa.

Para pemimpin politik & masyarakat, ibu-bapa perlu bersatu untuk menjaga kesucian Islam. Mempertingkatkan ilmu dan menyesuaikan aplikasinya didalam konteks zaman teknologi moden hari ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809