Ustaz Rosmadi 240109

kezaliman orang Yahudi dan kealpaan umat Islam hari ini

• Peristiwa pembunuhan orang Palestin di GAZA menunjjukkan betapa zalimnya orang Yahudi.

• Didalam lipatan sejarah yang tertara didalam Al Quran terdapat banyak episod kezaliman bangsa Yahudi.

• Pembunuhan yang dirancangkan oleh abang Nabi Yusuf as adalah satu episod sejarah yang menunjjukkan betapa tidak berhati perut mereka. Sehingga sanggup membuat satu pembohongan megenai Nabi Yusuf as kepada Nabi Yakub as.

• Golongan Yahudi telah membunuh banyak nabi-nabi mereka. Begitulah kezaliman bangsa ini.

• Imam Ghazali pernah menulis didalam sebuah kitabnya tentang kasih Allah SWT kepada hamba hambaNYA. DiberiNYA perkara dan benda yang difikirkan mustahil. Contohnya betapa seluruh umat Islam bersatu hati membantu sedaya upaya yang mampu untuk menolong umat Palestin.

• Pernah didalam sejarah Islam para sahabat yang murtad kerana tidak sabar melawan musuh. Ada yang mula tidak yakin keatas kerasulan Nabi. Malah pernah Saidina Umar bertanya kepada Rasulullah SAW kenapa lambat sangat pertolongan Allah SWT untuk membantu mencapai kemenangan. Jawab Rasulullah SAW kepada Saidina Umar ra supaya bersabar.

• Kenapa umat Islam pada hari ini merasa tersempit. Semakin hari semakin susah. Walaupun betapa banyaknya kesusahan yang telah diturunkan Allah SWT masih ramai lagi orang Islam yang melakukan maksiat. Masih ramai yang tidak solat. Ramai yang berjudi.

• Ramai umat Islam yang menggunakan ilmu yang lain daripada sumber Islam untuk mencari ketenangan hidup. Walhal telah diajarkan didalam Islam bahawa mengingatkan Allah SWT membawa ketenangan jiwa!!!

• Bagi umat Islam sumber ilmu mereka yang beriman hendaklah berasas daripada Al Quran dan Hadith.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809