Ustaz Redzuan 090109

• Bercakap dengan baik itu merupakan sedekah. Bagi sesiapa yang berkata- kata dengan baik kepada kedua orang ibu-bapa akan mendapat berganda ganjarannya.

• Bersolat jemaah juga merupakan sedekah. Setiap langkah yang diambil untuk kemasjid akan mendapat ganjaran yang tidak terbilang.

• Malakukan amar makruf nahi mungkar serta melakukan amal kebajikan sebanyak mana sendi sendi didalam tubuh akan dihindarkan daripada api neraka. Jumlah sendi anggota kita adalah 360 mengikut satu hadith.

• Manusia yang menginginkan kejayaan dunia dan akhirat hendaklah patuh kepada hukum dan perintah Allah SWT. Serta jangan sekali kali mengingkar akannya.

• Terdapat hadith dimana tercatit seorang wanita pelacur dimasukkan Allah SWT kedalam syurga kerana dia membantu saekor anjing yang kehausan.

• Umat Islam digalakkan untuk berlumba lumba mengerjakan kebajikan. Mendapat keredhaan Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809