Ustaz Shamsuddin 080511
Ustaz Shamsuddin 080511 Kuliah Subuh SAKSI 1. Didalam mahkamah Islam sesaorang hakim semasa hendak menjatuhkan sesuatu hukuman perlu meneliti fakta yang cukup daripada semua saksi didalam pembicaraan. 2. Bukti daripada saksi adalah asas menjatuhkan hukum walaupun berbeza daripada pandangan hakim. 3. Pendakwa sekiranya tidak dapat membawa saksi yang secukupnya, maka tiada kes untuk mendakwa sesaorang. 4. Pihak mahkamah perlu membiayai perbelanjaan sesaorang saksi untuk hadhir ke mahkamah. 5. Sesaorang saksi perlu diberi perlindungan daripada bahaya didalam menjalankan tanggung jawap. 6. Sekira didalam menjalankan kewajipannya, saksi itu menghadapi bahaya kepada diri dan keluarganya maka tidak perlu dia menghaziri pembicaraan. Sehingga keselamatannya diberi jaminan oleh pihak pemerintah. 7. Saksi itu sebelum diterima pensaksiannya perlulah memenuhi syarat- syarat yang ditentukan oleh syariah. Jika tidak memenuhi syarat pihak hakim hendaklah menolak saksi tersebut. 8. Didalam sesuatu kes ...