Ustaz Halim Din 270411

Ustaz Halim Din 270411
Kuliah Maghrib

1. Musibah yang didatangi Allah SWT selalunya tidak diduga. Malah ramai yang kena pada waktu mereka sedang tidur. Ada yang diturunkan waktu manusia berasa aman. Hendaklah kita berfikir akan akibat kepada manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT.

2. Diakhir zaman ini terdapat banyak tukang membawa fitnah. Kesan daripada fitnah tersebut telah membuat kesusahan kepada masyarakat. Ramai daripada mereka adalah dari kalangan yang memanggil diri mereka dari golongan orang Islam.

3. Sikap orang munafiq adalah yang suka membawa fitnah untuk memecah belahkan umat Islam. Abdullah Ubai merupakan manusia yang pertama munafiq yang mencerca Nabi Muhammad SAW.

4. Hari ini juga terdapat orang Islam yang sanggup menghina para ulama'. Perbuatan sebegini akan membawa kesan kepada masyarakat. Mereka ini samalah sifatnya dengan orang orang munafiq.

5. Didalam Al Quran suran At Taubah ayat 80...(Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

6. Orang yang munafiq tidak akan diampunkan Allah SWT seperti ayat diatas. Kalau mereka tidak bertaubat, nerakalah tempat kesudahannya.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914