Ustaz Ghazali Hasbullah 300411

Ustaz Ghazali Hasbullah 300411
Kuliah Maghrib

Bab Aqidah

1. Hati sesaorang yang keras jauh daripada kebenaran. Susah untuk hidup beragama. Ini disebabkan oleh terlalu banyak dosa. Tuan guru mengajar agar memohon keampunan daripada Allah SWT dan dijauhkan NYA diri kita daripada gemar membuat dosa.

2. Mempelajari ilmu aqidah akan dapat memberi kesan kepada jiwa kita tentang kewujudan Allah SWT yang tunggal, tiada tuhan yang lain daripada NYA.

3. Allah SWT itu tidak nampak oleh mata yang zahir. Tetapi hati kita mengetahui yang Allah SWT itu wujud. Orang yang sesatpun yakin yang tuhan itu wujud cuma dia tidak kenal tuhannya. Kerana itulah mereka menyembah tuhan yang lain daripada Allah SWT.

4. Orang yang tidak mengenali tuhan mengambil ringan akan hal ehwal agama. Hatinya tidak kekal akan mematuhi hukum tuhan. Malah mematuhi manusia lebih daripada tuhannya. Mereka juga tidak mengenal Allah SWT.

5. Alam ini berubah-rubah. Makhluk yang didalamnya juga berubah. Apa sahaja yang dilakukan makhluk itu berubah-rubah. Yang kekal dan tidak berubah hanyalah Allah SWT.

6. Manusia yang hati kotor serta banyak dosa penglihatannya hanyalah kepada yang zahir sahaja. Tetapi orang yang hatinya bersih sedar bahawa apa sahaja yang dilakukannya itu dilihat oleh Allah SWT.

Bersambung....

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914