Ustaz Sharif 040511

Ustaz Sharif 040511
Kuliah Maghrib

1. Surah Baqarah Ayat 126

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdo'a: "Ya Rabb-ku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: "Dan kepada orang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali". (QS. 2:126)

2. Tanah suci Mekah itu adalah tanah haram sebelum doa Nabi Ibrahim RA diatas ayat diatas.

3. Para ulama menyatakan binatang buas jika berada ditanah haram tidak akan menjadi buas. Tetapi apabila diluar tanah haram, binatang tersebut akan menjadi buas semula.

4. Walaupun hujan yang turun itu sedikit, tetapi tanah suci Mekah tidak pernah dilanda musim kemarau.

5. Orang Arab sebelum kemunculan Rasulullah SAW sudah ada didalam budaya mereka menghormati kota suci Mekah. Sehingga tercatat peperangan kerana ada pihak yang tidak menghormati Kota Mekah.

6. Para ulama besepakat bahawa haram hukumnya,
- memburu ditanah haram
- memotong pokok
- membawa balik batu ( makruh didalam mahzab shafie)
- sebahgian kelambu yang masih berada dikaabah

7. Kelebihan berada ditanah Haram
- jika dibuat kebajikan pahalanya digandakan
- sebaliknya jika membuat dosa juga digandakan

8. Sesiapa yang mempunyai azam untuk melakukan maksiat, Allah SWT akan mengazabkan dia dengan sekeras azam dihari akhirat

9. Begitulah tanah suci Madinatul Munawarah, kelebihannya juga sama dengan Kota Suci Mekah. Begitulah dengan larangan- larangan yang hukumkan diMekah.


Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914