Ustaz Ghazali Omar 070511

Ustaz Ghazali Omar 070511
Kuliah Maghrib

1. Cinta kepada dunia yang berlebihan
- Cinta kepada kedunian yang berlebihan akan menjauhkan diri sesaorang itu kepada Allah SWT. Terutama cinta kepada hiburan.

- Terlampau cinta kepada perkara yang melaghakan seperti hiburan, muzik akan menjauhkan jiwa daripada akhirat.

2. Wara'
- Wara' adalah menjaga diri daripada melakukan maksiat.

- Orang yang wara' tidak suka akan perkara yang akan membuat dirinya terjebak daripada melakukan maksiat melalui mata, telinga, lidah, mulut dan anggota yang lain.

- Orang yang wara' juga menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang syubhat.

- Apabila sesaorang itu wara' barulah dia mengenal Allah SWT.

3. Kembalikan diri Allah SWT
- Tawakal kepada Allah SWT setelah melakukan dan berusaha dengan sebaik baiknya

- Orang yang beriman mengembalikan dirinya kepada Allah SWT

- Memohon perlindungan daripada Allah SWT.

- Akur bahawa satu hari nanti kita akan kembali kepada Allah SWT.

- Membuat persiapan yang secukupnya untuk bertemu dengan Allah SWT. Mereka ini tidak takut kepada kematian.

4. Selesaikan ibadat sebelum berjumpa dengan Allah SWT
- Muhasabahkan diri akan ibadat yang belum sempurna sebelum menemui ajal

- Selesaikan segala hutang dengan Allah SWT dengan menqadho'kan ibadat ibadat yang tertinggal semasa dahulu atas sebab sebab yang tertentu.

- Menqadho'kan ibadat yang tertinggal hukumnya adalah wajib mengikut mahzab Syafie.

5. Berzikir kepada Allah SWT
- Orang yang beriman sentiasa mengingati Allah SWT agar dirinya juga diingati NYA.

- Selalu membaca doa didalam setiap perbuatan harian.

- Allah SWT akan menyebutkan nama orang yang mengingatiNYA kepada para malaikat.

6. Kerana Allah SWT
- Menghindarkan diri daripada melakukan perkara bukan kerana Allah SWT

- Apa sahaja yang dilakukan hendaklah memasang niat melakukan sesuatu amal kerana Allah SWT

- Jangan takut yang lain daripada Allah SWT

- Orang yang beriman bimbang sekiranya perbuatannya membelakangkan ibadat kepada Allah SWT

- Takut kepada akibat melakukan dosa melebihi daripada takut akibat kepapaan


Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914