Ustaz Shamsuddin 080511

Ustaz Shamsuddin 080511
Kuliah Subuh

SAKSI

1. Didalam mahkamah Islam sesaorang hakim semasa hendak menjatuhkan sesuatu hukuman perlu meneliti fakta yang cukup daripada semua saksi didalam pembicaraan.

2. Bukti daripada saksi adalah asas menjatuhkan hukum walaupun berbeza daripada pandangan hakim.

3. Pendakwa sekiranya tidak dapat membawa saksi yang secukupnya, maka tiada kes untuk mendakwa sesaorang.

4. Pihak mahkamah perlu membiayai perbelanjaan sesaorang saksi untuk hadhir ke mahkamah.

5. Sesaorang saksi perlu diberi perlindungan daripada bahaya didalam menjalankan tanggung jawap.

6. Sekira didalam menjalankan kewajipannya, saksi itu menghadapi bahaya kepada diri dan keluarganya maka tidak perlu dia menghaziri pembicaraan. Sehingga keselamatannya diberi jaminan oleh pihak pemerintah.

7. Saksi itu sebelum diterima pensaksiannya perlulah memenuhi syarat- syarat yang ditentukan oleh syariah. Jika tidak memenuhi syarat pihak hakim hendaklah menolak saksi tersebut.

8. Didalam sesuatu kes dimahkamah syariah Islam, jika pihak pendakwa cukup fakta dan saksi maka hakim akan menerima pendakwaan didalam kes. Tetapi jika hakim mendapati fakta dan saksi kes tidak mencukupi maka hakim akan menolak pendakwaan.

9. Sumpah juga memain peranan didalam menjatuhkan hukum didalam pembicaraan. Merupakan instrumen keadilan bagi digunapakai didalam pembicaraan.
- Jika pendakwaan tidak mencukupi fakta, maka yang dituduh dibolehkan bersumpah akan kebenarannya.
- Sekiranya yang dituduh tidak sanggup bersumpah, maka dibolehkan pihak pendakwa pula bersumpah akan kebenarannya.
- Bersumpah hendaklah didalam mahkamah didepan hakim.

10. Pihak Hakim berhak mengenepikan dakwaan jika didapati kes tersebut tidak cukup fakta dan saksi kes.

11. Seorang suami dibolehkan menuduh isterinya berzina tanpa membawa saksi. Tetapi dia perlu bersumpah diatas nama Allah SWT, sebanyak empat kali menggantikan empat orang saksi. Dan ditambahkan dengan sumpah laknat, iaitu dia sanggup menerima laknat daripada Allah SWT. Begitu jugalah dengan pihak isteri, dia juga dibolehkan bersumpah seperti sisuami.

12. Bersumpah tanpa saksi hanya dibolehkan kepada suami/ isteri sahaja. Tidak ada didalam kes kes yang lain.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914