Ustaz Rahmatullah 020511

Ustaz Rahmatullah 020511
Kuliah Maghrib

1. Rasulullah SAW apabila hendak keluar daripada rumahnya, Baginda membaca doa seperti yang berikut.

Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".

2. Doa tersebut adalah permohonan hamba kepada Allah SWT supaya dijauhkan daripada kesesatan, Iaitu orang yang keluar rumah tanpa ada niat untuk menuju kejalan Allah SWT. Malah ada manusia yang keluar rumahnya dengan hasrat untuk menghalang orang yang hendak menuju kejalan mentaati Sllah SWT. Sebagai orang yang beriman dia memohon agar Allah SWT menunjukan dia ke jalan yang benar.

3. Setelah diberi pertunjjuk, orang yang beriman memohon kepada Allah SWT supaya dia tidak dipesongkan oleh syaitan dan pemgikutnya.

4. Saorang yang beriman juga takut daripada menzalimi orang yang lain. Serta ia juga takut daripada dizalimi. Orang yang menzalimi manusia dosanya cukup besar, apabila mati kelak akan menerima siksa yang besar.

6. Satu lagi doa yang dibacakan oleh Rasulullah SAW ketika keluar daripada rumah baginda.

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".

7. Orang yang patuh kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW akan diberi nikmat sepertimana dianugerahkan kepada orang orang yang dikasehi Allah SWT.

8. Sesiapa yang membaca "tiada daya......" akan di jawap oleh Allah SWT " Kamu dilindungi"

9. Apabila hendak masuk kedalam rumah dibaca
- membaca bismillah
- memberi salam kepada ahli rumah

Syaitan akan berkata sesamanya " tidak dapatlah kita bermalam dirumah ini".


10. Sesiapa yang memasuki rumahnya tanpa memberi salam;
- Syaitan akan bermalam bersama dengannya.
- jika makan tanpa bismillah, syaitan akan makan bersama dengannya.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914