Ustaz Ghali Zahari 100911

Kuliah Subuh

• Sebagai seorang mukmin sudahkah kita melaksanakan kehendak kalimah syahadah?

• Seluruh manusia tahu akan adanya Tuhan. Tetapi tidak semua yang mengenal Tuhan. Orang Islam mengenal Allah SWT adalah dengan rahmatNYA melalui Al Quraan.

• Jadi ramai orang mencari cari untuk mengenal siapa tuhan nya. Di India ada yang menyembah rail keretapi. Di negara kita ada orang yang menganggap busut itu ada kuasa yang ghaib. Ada yang memuja kubur orang yang dianggap ada kelainan. Untuk mengenal Allah SWT hanyalah dengan hidayahNYA.

• Sekiranya didunia ini kita tidak melaksanakan kehendak syahadah maka agak mustahil untuk melafazkannya ketika mati. Bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib ketika hendak mati ditalqinkan oleh baginda untuk melafazkan syahadah. Tetapi hingga akhir hayat dia tidak boleh melafazkannya. Para ulama' berpendapat bahawa Abu Talib tidak melaksanakan kehendak kalimah syahadah semasa hidupnya maka sebab itulah semasa matinya dia gagal melafazkannya walaupun ditalqinkan oleh Rasulullah SAW.

• Diwaktu sakaratulmaut sesiapa yang dapat melafazkan kalimah syahadah akan ditempatkan didalam syurga. Tetapi orang yang berjaya melafazkannya hanyalah mereka yang semasa hidupnya beramal melaksanakan kalimah Syahadah.

• Sempurnanaya syahadah apabila
~ membenarkan didalam hati
~ melafazkan dimulut
~ beramal dengan tututan kalimah syahadah.

• Ramai orang gagal didalam amalannya untuk melaksanakan kehendak syahadah.

• Beramal dengan tuntutan syahadah adalah dengan.
~ mentauhidkan Allah SWT, tidak ada sekutu denganNYA
~ melaksanakan hukum Allah SWT

• Yussof Al Qardawi berkata sesiapa yang melaksanakan ibadat saperti solat , puasa dan lain, tetapi masih mengambil hukum hakam yang lain daripada hukum Allah SWT maka batallah syahadahnya.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914