Ustaz Shamsuddin 140811

Perbincangan kitab Al Hikam
Ketentuan Allah SWT

• Adakala kita menginginkan sesuatu tetapi Allah SWT menentukan yang lain. Masa kita hendak banyak tetapi diberikan sedikit sahaja. Walhal kita mengharapkan sedikit sahaja tetapi diberikan kita dengan banyak.

• Makam asbab adalah mendapat sesuatu kerana kita melakukan sesuatu. Logik input dan output.

• Makam tajrid adalah tidak kebergantungan dengan asbab. Tetapi bergantung dengan Allah SWT.

• Hendak jaminan hidup kita bekerja. Itu adalah satu contoh makam ASBAB. Kerja itu input, hidup terjamin adalah output.

• Didalam ilmu tasuaf kedua makam ini diterima pakai. ASBAB dan TAJRID.

• Manusia yang hanya semata mata menyerahkan diri kepada ketentuan Allah SWT adalah amalan yang bertentangan dengan ajaran ISLAM. Ini merupakan nafsu.

• Mukmin sebaiknya berusaha dengan bersungguh tetapi tidak mengharap kepada asbab. Dia berusaha tetapi bukan untuk dunia tetapi kerana Allah SWT. Dia yakin bahawa apa pun keberhasilan sesuatu itu tidak bergantung kepada input tetapi apa jua hasil itu adalah ketetapan Allah SWT.

• Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT. Diberikan jalan keluar akan segala apa jua kesulitan dengan cara yang tidak terduga oleh nya. Allah SWT akan menentukan baginya rezeki yang cukup.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914