Ustaz shamsuddin 110911

Kuliah Subuh

• Apa yang ditentu oleh Allah SWT adalah hakNYA. Sebagai manusia yang berstatus hamba jangan masuk campur didalam urusan tersebut. Beriman dengan qada' dan qadar.

• Manusia hendaklah menjalankan tugas yang disyariatkan oleh Allah SWT dengan sebaiknya. Menjalankan kehidupan ini dengan berpandukan syariat bukan dengan nafsu syahwat.

• Tenang jiwa jika 'way of life' kita berpandukan agama. Jangan bersusah masuk campur dengan ketentuan Allah SWT. 'Don't play God'...

• Apa jua yang menimpa didalam kehidupan ini janganlah berputus asa. Terus sahaja berusaha dengan bersungguh sungguh dan selanjutnya bertawakkal kepada Allah SWT. Tugas manusia adalah menjalankan hidupnya mengikut apa yang ditentukan syariat. Wajib sesaorang itu berusaha mencari rezeki yang halal. Tetapi hasilnya sama ada berjaya atau gagal bukan hak manusia, ia adalah hak Allah SWT. Semua apa yang terjadi telah ditentukan.

• Walau pun secara fizikal manusia menguruskan hidupnya. Ada kalanya dia mengharap akan sesuatu perkara, jadi berusaha dengan gigih mencapainya. Ada juga masanya dia merasa takut akan risiko terjadi perkara yang tidak diingininya, maka dicari jalan untuk meringankan risiko perkara itu terjadi. Tetapi haqikat atau realitinya, manusia hanya dapat berihtiar, berjaya atau gagal ketentuan itu adalah hak Allah SWT. Manusia yang beriman setelah berusaha maka bertawakallah kepada Allah SWT.

• Orang beriman faham bahawa didunia ini manusia boleh merancang dan berusaha. Tetapi hasilnya ditententukan Allah SWT.

• Was was adalah bisikan iblis dan syaitan untuk menganggu keimanan manusia untuk terus menjalankan hidup berlandaskan syariat. Untuk menghindarkan ganguan ini maka hendaklah berzikir secara berterusan.

• Hak Allah SWT keatas hambaNYA
~ hukum hakam untuk dilaksanakan
~ ajal
~ ketentuan yang terjadi keatas hambaNYA

• Hak manusia sebagai hamba yang wajib dilaksanakan untuk Allah SWT
~ mengikut NabiNYA
~ bertawakkal
~ sabar atas ketentuan Allah SWT

• Semoga sejahtera mata hatianya bersinar jiwa, akal dan qalbunya. Dengan pertolongan dan rahmat Allah SWT.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914