Ustaz Masrun 170911

Kuliah Subuh

• Manusia beramal dengan agama yang benar (Islam) adalah satu rahmat daripada Allah SWT. Hidayah Taufiq.

• Disisi Allah SWT terdapat beberapa golongan manusia yang dikata manusia yang didalam kerugian.

• Orang yang beriman dengan agama yang sesat. Ia itu beramal dengan agama yang bukan daripada sumber wahyu yang benar. Seperti mereka yang menyembah berhala. Ada juga yang simpang daripada agama yang benar dengan meminda-minda kitab dan hukum, saperti orang nasrani dan yahudi. Mereka ini adalah orang yang rugi didunia dan diakhirat.

• Sesiapa yang syirik kepada Allah SWT, maka terbatallah semua amalannya yang terdahulu. Mereka ini juga termasuk didalam golongan yang yang rugi. Ramai yang melakukan perkara- perkara yang kononnya adat tetapi pada haqiqatnya ianya perbuatan yang syirik. Salah satu sebab mereka terjatuh didalam kancah ini adalah kerana ceteknya ilmu agama mereka.

• Ada juga manusia yang didunia ini leka. Mereka ini kurang beramal dengan amal yang soleh. Lebih banyak melakukan maksiat jika dibandingkan dengan amal yang soleh. Dihari akhirat kelak apabila diadili amalan mereka maka bekalan yang baik tidak dapat menimbus amalan maksiat dan kejahatan mereka. Dosanya melebihi pahala yang diperolihi. Golongan ini juga dianggap termasuk orang-orang yang rugi.

• Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Untuk. menghilangkan dosa- dosa itu memerlukan keampunan Allah SWT. Dihari akhirat kelak, rugilah manusia yang gagal mendapat Rahmat dan Keampunan daripada Allah SWT. Para sahabat sentiasa mencari rahmat Allah SWT serta keampunannya dengan bersunguh- sungguh.

Wassalam



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914