Ustaz Ismail Abas 160911

Ustaz Ismail Abas 160911

Kuliah Subuh

1. Bekalan yang terbaik bagi sesaorang mukmin sebagai persiapan untuk dibawa kekampung akhirat adalah taqwa.

2. Saidina Othman menyatakan bahawa orang bertaqwa akan dapat berada didalam majlis yang memperbaiki amalan mereka. Kita tidak akan berjumpa mereka didalam majlis bersukaria dan ditempat-tempat maksiat.

3. Orang bertaqwa juga keperibadian mereka adalah apabila:
i) Bertutur kata mereka cukup berjaga-jaga
ii) Serta mereka juga kuat mengawal hawa nafsu
iii) Menjaga nafsu makan, syahwat serta keinginan keduniaan berlebihan

4. Orang bertaqwa apabila bercakap menjaga kedudukan agamanya. Mereka menyatakan yang benar dan menyalahkan apa yang tidak benar. Baik buruk bagi orang bertaqwa jelas.

5. Apabila mereka medapat sesuatu kedudukan didunia ini, ia tidak berlebih lebihan. Mereka menjadikan apa sahaja anugerah yang didapati didunia ini sebagai satu amanah.

6. Peluang untuk beribadat walaupun kecil bagi orang yang bertaqwa sebagai satu rahmat yang cukup hebat. Kegembiraan didalam hatinya apabila dapat menjalankan hukum dan perintah Allah SWT.

7. Apabila makan, mereka berjaga jaga supaya dia tidak menyuap pemakanan yang haram. Juga menjaga supaya menjauhi perkara perkara yang mencurigakan, yang disyaki akan kehalalannya.

8. Yusuf Qardawi menyatakan bahawanya; Orang yang beriman apabila ia kembali kepada fitrah agamanya
i) percaya dan terikat kepada agamanya
ii) meletakkan Al Quraan dan Sunnah sebagai sumber rujukkan utama didalam semua segi didalam kehidupan
iii) merasa mulia apabila didalam Islam
iv) bersedia untuk berjihad kerana agama Allah SWT

9. Kesejahteraan seorang mukmin
i) berilmu
ii) benci kemungkaran
iii) menjaga ibadah
iv) punca rezeki yang halal

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914