Ustaz Abdul Halim 231011
Ustaz Abdul Halim 231011 Kuliah Subuh 1. Orang Islam semakin hari bertambah. Perkara ini berlaku daripada zaman permulaan agama Islam. Pernah ditanya oleh sesaorang kepada sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Suffiyan. 2. Apabila sesaorang itu memeluk agama Allah SWT ini, ia semakin baik dari perspektif kesucian kehidupannya. Keimanan mereka juga bertambah. Apabila solatnya didirikan secara baik, maka kuat dan teguh keimanan dan akhlaq mereka. 3. Keberkesannya solat sesaorang itu dapat dicerminkan didalam amalannya. Semakin baik amalannya maka semakin kuatlah pegangannya, teguhlah imannya. 4. Didalam agama lain, semakin ramai yang memeluk sesuatu agama maka akan ramailah pula yang akan murtad. Bagaimana dengan agama Islam? Persoalan ini pernah ditanyakan oleh seorang pembesar Rum kepada sahabat Nabi, Abu Suffiyan. Jawapannya adalah didalam Islam sesaorang itu memeluk agama Islam adalah diatas dasar Iman. 5. Kesan daripada keimanan itu akan mempertingkatkan pegangan sesaorang itu kepada aga...