Ustaz Kamuruddin 221011

Ustaz Kamuruddin 221011
Kuliah Subuh

1. Rasulullah SAW telah berwasiat kepada sahabat baginda Muaz sebelum dilantik ke Yemen seperti berikut.

2. Jangan kamu SYIRIK kepada Allah SWT.

- jangan disekutukan Allah SWT dengan apa pun.

- sama ada didalam bentuk konkrit ataupun abstrak.

- sekiranya diambil ism yang lain daripada Islam, maka itu juga ditakrifkan sebagai perbuatan syirik.

- sifat sifat mazmummah juga boleh merosakkan iman

3. Jangan menDERHAKA kepada kedua ibu- bapa

- walaupun mereka menyuruh diceraikan isteri (didalam lingkungan hukum syaraa')

- saorang sahabat pernah mengadu bahawa bapanya selalu meminta wang daripadanya. Baginda menjawap bahawa diri dan harta nya adalah kepunyaan ibu bapanya.

4. Jangan sekali kali meninggalkan SOLAT dengan sengaja.

- barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, Allah SWT akan bebas daripada mengurusnya

5. Jangan sekali- kali meminum ARAK

- خامر menutup akal daripada kewarisannya

6. Jangan LARI daripada medan peperangan

- berdosa besar sekiranya lari daripada peperangan.

- sekiranya berundur sebagai strategi itu dibenarkan

7. Jangan menganggkat ROTAN kepada anak kamu

- melainkan untuk mendidik

- dengan cara yang tidak menyakitkan

8. Hendaklah mendidik ahli keluarga untuk patuh kepada Allah SWT.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Rahmatullah 190819

Ustaz Shamsuddin 090809

Ustaz Yusuf 030825