Ustaz Syihabuddin 131011

Ustaz Syihabuddin 131011
Kuliah Maghrib

1. Hukum menjalankan qurban adalah sunnat muakat. Mengikut pandangan Imam Shafie.

2. Pandangan mahzab Imam Hanafi, qurban itu hukumnya fardhu kifayah.

3. Hendaklah bagi sesiapa yang mampu mengerjakan qurban setiap tahun. Tujuan menjalankan sunnat Qurban adalah:
- mendekatkan diri kepada Allah SWT
- menyampunkan dosa- dosa kecil dimasa dahulu
- menambahkan keberkatan rezeki
- sebagai tanda syukur kepada Allah SWT diatas anugerahNYA
- sedekah orang mampu kepada orang yang tidak mampu
- menunjjukkan kekuatan ekonomi umat Islam
- memberi kefahaman kepada qariah mukmin akan agama Islam
- mengikut jejak syariaat Nabi Ibrahim RA
- sebagai kenderaan dihari Qiamat

4. Ibadah qurban, kriterianya:
- menyembelih binatang yang tertentu
- pada waktu yg tertentu
- syarat yang tertentu
- cara yang tertent

5. Syarat- syarat binatang yang diqurbankan
- berkaki empat
- jinak bukan binatang yang buas
- yang diperlihara
- cukup umur binatang tersebut dari segi tahun ataupun gigi
- jika binatangnya betina, tidak bunting
- tidak berpenyakit, tidak cacat

6. Waktu mengerjakan qurban pada 10, 11, 12, 13 Zulhijah
- mahzab maliki, berqurban mula selepas waktu subuh
- mahzab Shafie, bermula terbitnya matahari, akhirnya sebelum Asar

7. Syarat Qurban
- Binatang yang diqurbankan perlu memenuhi syarat seperti diatas.
- Orang yang berqurban hendaklah beragama Islam. Sekiranya yang memberi bukan orang Islam perlu memohon izin daripadanya menamakan penama orang Islam.
- Orang yang berqurban hendaklah sesaorang yang merdeka
- Cukup umurnya iaitu mereka yang hendak berqurban itu baligh dan waras akalnya
- Mereka yang berqurban hendaklah mampu membayar bahagian harga binatangnya
- Sumber pendapatan orang yang berqurban hendaklah halal mengikut syaraa'
- Orang yang menyembelih

8. Aqiqah ( http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/qurbandanaqiqah.htm)

- Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

- Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

- Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

- Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

- Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Kemampuan untuk berqurban terbagi kepada berikut
- mampu seekor unta
- mampu seekor lembu
- mampu seekor kambing
- mampu seekor lembu untuk sekeluarga
- mampu membeli satu bahagian lembu untuk setiap ahli keluarga
- mampu membeli seekor kambing untuk seisi keluarga dengan diwakilkan seorang ahli keluarga
- mampu membeli satu bahagian lembu untuk sekeluarga diwakilkan seorang ahli keluarga

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809