Ustaz Abdul Halim 231011

Ustaz Abdul Halim 231011
Kuliah Subuh

1. Orang Islam semakin hari bertambah. Perkara ini berlaku daripada zaman permulaan agama Islam. Pernah ditanya oleh sesaorang kepada sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Suffiyan.

2. Apabila sesaorang itu memeluk agama Allah SWT ini, ia semakin baik dari perspektif kesucian kehidupannya. Keimanan mereka juga bertambah. Apabila solatnya didirikan secara baik, maka kuat dan teguh keimanan dan akhlaq mereka.

3. Keberkesannya solat sesaorang itu dapat dicerminkan didalam amalannya. Semakin baik amalannya maka semakin kuatlah pegangannya, teguhlah imannya.

4. Didalam agama lain, semakin ramai yang memeluk sesuatu agama maka akan ramailah pula yang akan murtad. Bagaimana dengan agama Islam? Persoalan ini pernah ditanyakan oleh seorang pembesar Rum kepada sahabat Nabi, Abu Suffiyan. Jawapannya adalah didalam Islam sesaorang itu memeluk agama Islam adalah diatas dasar Iman.

5. Kesan daripada keimanan itu akan mempertingkatkan pegangan sesaorang itu kepada agama Islam. Kecintaannya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi kecintaannya kepada diri dan keluarganya. Lagi teguh imannya lagi hebat akhlaq, amal dan kecintaannya kepada Islam.

6. Setelah kuat iman dan keyakinan kepada kebenaran sinar agama Islam maka ia pula akan mendakwahkan orang lain untuk beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Para sahabat pergi membawa risalah Islam ini keseluruh pelusuk dunia. Begitu juga dinegara ini ramai yang menjalankan aktiviti dakwah kekawasan pendalaman orang orang asli. Mereka bersabar dan sanggup berkorban harta dan jiwa demi untuk agama Allah SWT.

7. Masaalah murtad sepatutnya tidak wujud dikalangan umat Islam. Sekiranya terjadi maka itu menunjukkan bahawa terdapat masaalah keimanan yang telah mula luntur didalam masyarakat tersebut. Maka penyelesaiannya juga haruslah kembali untuk memantapkan iman masyarakat tersebut.

8. Didalam agama Islam, perkara yang halal itu jelas. Perkara yang haram itu juga jelas. Diantara keduanya adalah Subhat, dan sebaiknya hendaklah ditinggalkan.

Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati (http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id12.html)

9. Amalan yang soleh adalah perkara yang amat ditekankan oleh para sahabat.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809