Ustaz Rahmatullah 181011

Ustaz Rahmatullah 181011
Kuliah Maghrib

1. Golongan yang suka membawa fitnah, tidak mempunyai tempat didalam masyarakat mukmin. Sesiapa sahaja yang terlibat dengan apa sahaja yang terbabit dengan perkara yang berkenaan dengan fitnah adalah musuh agama. Didalam ISLAM fitnah itu adalah perbuatan HARAM. Sesiapa yang melakukannya telah melakukan dosa besar.

2. Selain daripada menghasut masyarakat untuk menentang kebaikan, mereka ini, iaitu pemfitnah cukup licit mereka- reka berbagai pembohongan. Rasulullah SAW sebelum dijadikan seorang Nabi, baginda cukup dipercayai oleh masyarakat Kuraish di Mekah. Tetapi setelah membawa risalah Islam, baginda difitnah dengan berbagai-bagai pembohongan.

3. Tidak cukup dengan membawa fitnah untuk memburuk-burukkan Rasulullah SAW, malah keluarga baginda juga difitnahkan. Saidatina Aisyah juga pernah difitnah dengan tuduhan yang cukup hina. Hingga tergamak mereka menuduh Saidatina Aisyah melakukan perbuatan yang curang.

4. Orang yang suka mengumpat juga boleh ditakrifkan sebagai pemfitnah. Mereka ini diandaikan seperti orang yang suka memakan bangkai saudaranya sendiri. Megumpat itu lebih buruk daripada orang yang berzina. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang mengumpat sehingga ia diberi kemaafan daripada orang yang diumpatkan.

5. Meperkatakan sesuatu keburukkan orang lain dibelakangnya. Sekiranya cerita itu tidak betul maka ,itu adalah fitnah. Sekiranya mberita itu betul, maka itulah yang dinamakan Mengumpat.

6. Mengumpat dibenarkan didalam keadaan seperti berikut:
- menceritakan kezaliman orang lain dihadapan hakim, supaya keadilan dapat ditegakkan.
- untuk menghalang perbuatan yang mungkar. Menceritakan keburukkan kepada orang yang berkaitan yang dapat menolong kita daripada menghalang perbuatan yang mungkar.
- seorang isteri meceritakan keburukkan suaminya dihadapan kadhi supaya mendapat pembelaan daripada pihak yang berwajib.
- menentang orang yang secara terang melakukan maksiat. Supaya perbuatan itu dihalang daripada dilakukan secara buruk berluasa.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809