Ustaz Jeffri 151011

Ustaz Jeffri 151011
Kuliah Maghrib

1. Sembahyang malam hari melambangkan keikhlasan sesaorang itu bermunajat kepada Allah SWT.

2. Bangun diwaktu malam, serta bersolat sunnat dua rakaat bersendirian sebagai permulaan cukup besar langkahnya. Perbuatan itu adalah lebih baik bagi dirinya jika dibandingkan dengan harta seisi dunia.

3. Selepas sembahyang malam, maka bermohon ampun kepada Allah SWT. Ramai para sahabat ta'kala bermohon ampun kepada Allah SWT berlinang air mata kerana merasa takut akan dosa dosanya yang lalu. Malah ada yang menanggis terlaluan hingga buta matanya diwaktu tua.

4. Pada sepertiga akhir malam, akan turunlah kerahmatan Allah SWT mendekati mereka yang bersolat serta memohon ampun. Dita'kala itu Allah SWT akan memakhbulkan doa mereka yang memohon serta mengadu kepadaNYA.

5. Setiap manusia tidak lepas daripada dosa. Jadi hendaklah orang orang yang beriman selalu dengan tidak jemu-jemu memohon ampun daripada Allah SWT. Begitu jugalah manusia tidak sepi daripada kepiluan dan kesusahan kerana berbagai masaalah. Maka denagn bangun bersolat malam adalah masa yang paling baik memohon ampun dan bantuan Allah SWT.

6. Semoga apabila hati telah merasa takut kepada Allah SWT maka dijauhkan diri daripada maksiat dan dosa. Mengekangkan diri daripada terjatuh kepada kejahatan nafsu syahwat.

7. Bila hati sudah mula lunak bangun malam, merasakan dirinya sebagai hamba yang ingin mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Maka dengan senang dan rela ia melakukan segala perintah yang telah disyariaatkan kepadanya. Seolah dia mengambil iktibar akan betapa besarnya ketaatan Nabi Allah Ibrahim RA. Serta merasa kerdil dirinya jika dibandingkan kemampuan Nabi Ibrahim sanggup bekorban apa sahaja yang diperintahkan Allah SWT.

8. Sekiranya sembahyang malam itu telah menjadi kebiasaan maka sembahyang yang lain juga akan lebih senang. Sembayang Subuh juga akan dirasa seperti biasa sahaja.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809