Ustaz Azman 161011

Ustaz Azman 161011
Kuliah Subuh

1. Apa kah tanda sesaorang itu beragama Islam?

2. Bagi saudara baru, apabila mereka hendak memeluk agama Islam dilafazkan dua kalimah syahadah dihadapan saksi muslim. Tapi bagaimana dengan orang yang dilahirkan dikalangan keluarga Islam, bilakah mereka melafazkan dua kalimah syahadah?

3. Walaupun persoalan itu perkara yang logika, tetapi hakikatnya ramai dikalangan anak-anak orang Islam tidak tahu melafazkan dua kalimah syahadah. Bagaimana dengan kefahaman mereka tentang Islam?

4. Kalimah syahadah itu untuk memahaminya perlu kepada Ilmu. Persaksian yang dilafazkan perlu dibuktikan dengan amalan.

5. Melafazkan dua kalimah syahadah bersangkut paut dengan ilmu tauhid. Kefahaman mengenai ilmu tersebut perlu dituruti dengan berbagai cabang ilmu yang lain yang menjadi fardhu ain kepada semua orang Islam. Bagaimana dengan orang yang mengaku orang Islam tetapi tidak berilmu? Ramai yang mengaku Islam tetapi pada hakikatnya mereka itu jahil. Kerana itulah ramai yang berani menentang hukum hakam yang berkemungkinan membatal syahadah mereka.

6. Ramai dikalangan masyarakat Islam dinegara ini terpengaruh dengan pendapat- pendapat yang bercanggah dengan hukum Allah SWT yang banyak dibicarakan oleh media masa. Surat khabar, TV, Radio serta Internet. Drama serta filem- filem juga berperanan memesongkan akidah dengan cerita- cerita yang bagi mereka yang kurang ilmu itu akan menganggapnya logik. Kemudian orang yang tidak berilmu ini mula berbual kosong dikedai kedai kopi....akan mempengaruhi orang orang jahil yang lain.

7. Bagi orang yang beriman apabila telah cukup ilmu, terutama fardhu a'in maka dikala itu apabila dilafazkan dua kalimah syahadah barulah bermakna persaksian yang diambilnya. Barulah apa yang dilafazkan, terkesan dihatinya, serta dibuktikan dengan amalan. Melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah SWT yang diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809