Sending Bicara Ulama' from iThoughts

iThoughts

  • Bicara Ulama' 060212 ANDAINYA RASULULLAH SAW BERSAMA KITA
    • Program sempena Maulidurrasul, Masjid Ubudiyah Shah Alam
      • Dipengerusikan oleh Ustaz Nik Bakri
      • Ahli Forum: Ustaz Nazmi, Ustaz Mazlan, Ustaz Ali dan Ustaz Ahmad Dasuki
    • Andaikan...Rasulullah SAW ada bersama-sama dengan kita. Apakah yang Baginda lakukan.
      • Akan memenangkan darjat agama Islam
      • Walaupun orang-orang kafir menentang
      • Baginda akan memikirkan tentang umatnya
    • Para Ulama' penyambung warisan Rasulullah SAW
      • Berjuang menegakkan Islam
      • Mereka mendapat sumber daripada Al Quraan dan Hadith yang soheh
    • Umat manusia mendapat rahmat dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW
      • Ibu baginda, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.'' ( rawatanislam2u.com)
      • Seorang Yahudi ahli kitab di Yatsrib melihat sebuah bintang cemerlang yang tidak pernah terlihat sebelumnya. Orang Yahudi menceritakan bahwa munculnya bintang itu pertanda seorang nabi pasti telah lahir.
      • Aminah menceritakan pada waktu melahirkan dia merasakan di sekelilingnya ada cahaya gemerlap bagaikan bintang berjatuhan. Pada waktu itu kakek Nabi Muhammad SAW, Abdul Muthalib sedang berada di Ka'bah, mendengar cucunya lahir Abdul Muthalib pulang dan merasa bangga serta gembira karena cucu yang dinantikan sudah lahir. Kemudian Abdul Muthalib memberi nama Muhammad artinya "orang yang terpuji". ( kehidupannabimuhammadsaw.wordpress.com)
      • Lalu Waraqah berkata kepada baginda, "Itulah Namus yang telah Allah turunkan kepada Musa. Aduhai diriku,sekiranya aku masih muda , sekiranya aku masih hidup ketika kaummu mengusirmu...." Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Adakah mereka akan mengusir aku?" Waraqah menjawab, "Ya, tiada seorang pun yang telah membawa seperti apa yang engkau bawakan kecuali dia akan dimusuhi. Andai kata hari itu aku sempat bersama denganmu nescaya aku akan bela engkau dengan bersungguh-sungguh." Tidak lama kemudian , Waraqah meninggal dunia. (syhihabuddin ahmad)
    • Umat Rasulullah SAW pada semasa ini ramai yang tidak mengikut ajaran Baginda.
      • Ramai yang abaikan solat. Dan tidak mendidik anak-anak mereka untuk bersolat.
      • Wanita Islam ramai yang tidak menutup aurad. Berpakain ketat serta menampakkan susuk tubuh
      • Baginda berpesan kepada umatnya dua perkara, Quraan dan Hadith
      • Baginda pernah menyatakan bahawa diakhir zaman ini umat Islam itu ramai tetapi lemah, bagaikan buih yang terapung sahaja. Kerana dihinggapi cinta dunia yang berlebihan
    • Mencintai Rasulullah SAW
      • Beruntunglah orang yang tidak pernah melihat Rasulullah SAW tetapi mencintainya.
      • Malah baginda menyatakan , beruntunglah...beruntunglah...beruntunglah
      • Para sahabat baginda mencintainya lebih daripada mereka mencintai diri mereka sendiri.
      • Setelah baginda wafat, Bilal berpindah ke Syria oleh kerana tak tahan rindunya kepada baginda.
    • Baginda pernah berpesan bahawa ulama' & umara berkerjasama
      • Baiklah umat jika ulama' dan umara dapat berkerjasama
      • Bukan sahaja untuk bahagia didunia tetapi berjaya diakhirat
    • Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914