Ustaz Nizam (R) 280212

Kuliah Maghrib
Masjid Al Huda Shah Alam

• Ramai pemimpin masuk kedalam api neraka oleh kerana membuat dosa yang banyak.

• Setelah Rasulullah SAW wafat, para sahabat mencalunkan orang yang sesuai menjadi khalifah. Tetapi para sahabat saling menolak pencalunan.

• Berbeza dengan para pemimpin hari ini. Masing masing mencalun diri sendiri. Walaupun para pemimpin dimasjid.

• Para pemimpin hendaklah sedar bahawa amanah yang ditanggung olehnya adalah besar. Para pemimpin akan dipersoalkan keatas kepimpinannya diakhirat nanti.

• Tidak kira kepempinan diperingkat apa. Didalam satu keluarga seorang bapa adalah pemimpin bagi anak anaknya. Jangan dibiarkan anak anaknya rosak akhlaqnya. Pernah dikhabarkan seorang anak perempuan ditangkap melakukan perzinaan. Umurnya 12 tahun. Bila ditanya dimana dia belajar melakukan adengan jahat itu. Dia menyatakan dia selalu menuntun video lucah kepunyaan bapanya.

• Kepimpinan juga bertanggung jawap mendidik anak buahnya akhlaq yang baik. Bersikap dengan bersopan serta menjaga kebersihan. Sekiranya dibandingkan sikap kebersihan orang Islam dengan orang Jepun hari ini, siapakah yang menunjol? ....

• Bagaimana pula sekiranya seorang pemimpin itu tidak mempunyai ilmu agama? Dapatkah dia membawa orang yang dipimpinnya selamat daripada siksaan api neraka?

• Dizaman Jahiliah orang- orang Arab banyak melakukan maksiat. Suka minum arak. Bagaimana keadaannya hari ini? Adakah arak masih dibudayakan...

• Bagaimana dengan keadaan para ulama' pada hari ini? Adakah mereka memimpin dengan teladan yang baik. Berperasaan dengkikah akan para ulama' sesama sendiri? Beribadah kerana hendak pujian orang?

• Terdapat juga orang kaya yang sombong. Terlupa akan dia darimana datangnya kekayaan tersebut. Serta juga ada orang miskin yang suka menipu.

• Satu peringatan untuk semua yang memain peranan seorang pemimpin supaya jangan melakukan maksiat yang pula diteladani oleh pengikutnya. Sama ada diperingkan kelurga, komuniti, negara dan agama. Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda hadis qudsi bahawa ramai pemimpin masuk kedalam api neraka kerana banyak melakukan dosa.

Wassalam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914