Ustaz Dato' Nahrawi 300112

Kuliah Maghrib

1. Apabila Allah SWT kasih sesuatu kaum, didugakan dengan kesusahan. Apabila diredha akan kesusahan tersebut maka Allah SWT juga akan redha dengan kaum tersebut. Malah jika tidak diredhai maka akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

2. Jika Allah SWT menghendaki kebaikan kepada hambaNYA. Maka akan disegerakan kesusahan kepada hamba tersebut didunia ini. sebaliknya jika Allah menghendaki hambaNYA kejahatan. Akan ditangguhkan pembalasan keatas hambaNYA dihari akhirat.

3. Anak Abu Thahah meninggal dunia semasa dia musafir. Bila dia balik ditanya pasal anaknya kepada isterinya. Isterinya jawap....
- keadaannya lebih baik daripada dulu
- lalu dihidangkan suaminya makan malam serta kemudiannya bersetubuhi.
- setelah selesai, isterinya baru memberitahu suaminya " kebumikan anak itu pada besok pagi"
- Abu Thahah kemudian memberi tahu kejadian tersebut kepada Rasulullah SAW.
- didoakan baginda "Ya Allah berkatilah mereka suami isteri"
- kemudian lahirlah anak lelaki bernama Abdullah. Yang ditahnikkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Anak tersebut mendapat 9 orang anak semuanya hafah Quran.

4. Orang yang kuat adalah mereka yang dapat mengawal nafsunya ketika marah.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914