Ustaz Nazri 310112

iThoughts

  • Ustaz Nazri 310112
    • Kuliah Maghrib, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Surah ke 102: BERMEGAH-MEGAHAN (8 ayat) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ (١) حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ (٢) كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٣) ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٤) كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ (٥) لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ (٦) ثُمَّ لَتَرَوُنَّہَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ (٧) ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ (٨) "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (8)"
    • Manusia ramai yang hidup dengan bermegah
      • Lupa mereka akan akhirat
      • Terlalu leka dengan dunia
      • Cinta sangat dengan dunia ini hingga terlupa akan hari akhirat
      • Sehinggalah mereka sampai keliang kubur
    • Allah SWT
      • Segala pujian kepada Allah SWT yang maha pemurah dan maha penyayang
        • Betapa Arrahmannya Allah SWT diberiNYA nikmat kepada semua mahluknya yang taat ataupun yang ingkar
      • Akan diperiksa manusia akan segala perbuatan dan amalan diakhirat.
        • Bagaimana dia mengendalikan hidupnya didunia ini. Adakah dia hidup dengan cara yang dihukumkan Allah SWT.
        • Adakah manusia yang kembali dihari akhirat ini amalannya hanya terlalu mencintai dunia hingga lalai akan perjumpaan dengan Allah SWT diakhirat kelak.
        • Ada manusia yang mencintai akan kematian kerana merindui pertemuan dengan yang dikasehi lebih dari apa sahaja yang dipunyainya didunia.
        • Sahabat Rasulullah SAW Abdul Rahman Auf RA seorang yang kaya. Digunakan segala kekayaanya untuk membuat kebajikan. 1/3 hartanya untuk fakir Miskin, 1/3 untuk orang yang berutang dan 1/3 lagi untuk Fisabilillah.
        • Uways al-Qarani is generally regarded as the greatest Tabi'un. Although old enough to have seen the Prophet, he had no opportunity to do so. One day while sitting with his Companions, the Messenger advised them: "If you see Uways al-Qarani, ask him to pray for you." [3] During his caliphate, 'Umar asked Yemeni pilgrims about Uways. When he was found one year among the pilgrims, 'Umar requested him to pray for him. Uncomfortable at being identified, Uways was never seen again among people until he was martyred at the Battle of Siffin fighting for 'Ali. [4]
        • Hadis Nabi S.A.W "Allah akan mengirimkan seorang mujaddid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun" Ijtima' ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz merupakan mujaddid pada kurun tersebut. Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Adi ibn Hatim sebelum beliau menjadi Muslim "Adi ibn Hatim. Barangkali yang menghalangi engkau memasuki Islam adalah dengan kemelaratan kaum muslimin. Akan tiba masanya nanti di suatu zaman di mana seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang telah mereka miliki" Berkata Adi ibn Hatim setelah dia menjadi seorang Muslim "Aku telah melihat dua perkara yang dinyatakan oleh Nabi dan aku bersumpah perkara ketiga mengenai kekayaan umat Islam pasti berlaku" Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya "Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya" Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan "Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya"
      • Memberi peringatan kepada manusia didalam Al Quraan akan tertipunya mereka akan kehidupan dunia.
        • Takut membelanjakan harta mereka kejalan Allah SWT sebagai bekalan diakhirat nanti.
        • Tidak membina akhirat dengan amal yang soleh. Seperti solat, puasa, zakat, serta kebajikan yang banyak lagi.
    • Wassalam 20:50

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914