Sending Ustaz Ali 140212 from iThoughts

iThoughts

  • Ustaz Ali 140212
    • Kuliah Maghrib, Seksyen 19 Shah Alam
    • Rahmat Allah SWT
      • Amat luas sekali
      • Semua makhluk Allah SWT dapat merasainya
      • Dengan rahmat tersebut, binatang pun mengenal rasa kasih sayang kepada anak-anaknya
      • Tetapi sekiranya dicabutkan rahmat tersebut maka dapatlah kita melihat ibu membuang anaknya sendiri. Bapa memperkosa anak perempuannya sendiri
    • Contoh Rahmat Allah SWT (paksi.net)
      • Daripada Abu Sa'id Al-Khudhri R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di kalangan orang terdahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 nyawa, lalu dia mencari orang yang banyak ilmunya.
      • Maka, dia ditunjukkan kepada seorang rahib, lalu dia pergi menemuinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa dia telah membunuh 99 nyawa, adakah taubatnya akan diterima? Kemudian rahib tersebut menjawab, tidak. Maka, dia membunuh rahib tersebut dan genaplah 100 orang (yang dibunuhnya) dengan pembunuhan rahib tersebut.
      • Kemudian dia mencari lagi orang yang banyak ilmunya, maka dia ditunjukkan kepada seorang pemuda alim. Maka, dia mengatakan bahawa dia telah membunuh 100 nyawa, adakah taubatnya akan diterima? Pemuda alim itu menjawab, ya. Dan siapakah yang menghalang antaranya dan taubat?
      • "Pergilah ke daerah ini dan ini, kerana di sana ramai orang beribadah kepada Allah Azza wa Jalla. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Dan janganlah pulang ke daerahmu, kerana sesungguhnya daerahmu itu daerah yang jelek."
      • Maka, dia pergi (menuju daerah tersebut) sehingga sampai di pertengahan jalan, kematian mendatanginya.
      • Maka, berbantahanlah malaikat rahmat dan malaikat azab. Berkata malaikat rahmat, "Dia pergi dengan (niat) bertaubat menghadap Allah sepenuh hati." Dan berkata pula malaikat azab, "Dia ini tidak pernah melakukan kebaikan sama sekali."
      • Kemudian datanglah kepada mereka satu malaikat lain dalam rupa bentuk seorang manusia, lalu mereka meminta keputusan kepadanya. Dia (malaikat ketiga) berkata, "Ukurlah jarak antara 2 daerah tersebut (tempat berangkatnya dan tempat tujuannya). Jarak mana yang lebih dekat antara kedua-duanya, maka itulah keputusannya." Maka, mereka mengukur dan mendapati bahawa jarak yang lebih dekat adalah jarak yang ditujuinya, maka dia berada dalam genggaman malaikat rahmat.
      • Dan dalam satu riwayat dalam As-Sahih (disebutkan), "Maka dia lebih dekat kepada daerah yang salih dengan hanya satu jengkal. Maka, dia dijadikan sebagai salah satu ahlinya." Juga dalam riwayat As-Sahih (disebutkan), "Maka, Allah mewahyukan kepada daerah ini (tempat berangkatnya) supaya menjauhi, dan kepada daerah ini (tempat tujuannya) supaya mendekati. Dan Dia berkata, 'Ukurlah jarak antara kedua-duanya.' Lalu mereka mendapati bahawa dia lebih dekat dengan daerah ini (daerah yang salih) dengan satu jengkal. Maka, dia diampuni."
    • Saham Akhirat
      • Sesiapa yang tidak memberi saham didunia kepada pembagunan agam Allah SWT
      • Maka tidaklah ia mendapat apa apa saham diakhirat kelak
      • Sekiranya ingin mendapat ganjaran diakhirat maka hendaklah berusaha untuk melabur keatas kebajikan agama Islam
    • Taubat
      • Allah SWT adalah penerima taubat hambanya
      • Sesiapa yang melakukan kejahatan, kemudian meminta ampun kepada Allah SWT, maka akan diampunkan dosanya. Sekiranya dia bertaubat nasoha
      • Rasulullah SAW dapat memberi syufaat kepada umatnya yang melakukan dosa besar
    • Wassalam 20:52

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914