Ustaz Yahaya 310819
Kuliah Maghrib ✓ Hari ini rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 62. Bagi orang yang beriman merdeka mungkin berbeza aspeknya. ✓ Merdeka bagi orang beriman adalah kebebasan daripada dibelenggu oleh kuasa manusia kepada hukum yang paling adil iaitu hukum Allah SWT. ✓ Ramai manusia hidupnya didunia ini berasaskan materialistik semata mata. Dunia memerangkapnya dengan kehidupan yang tidak kekal bahagianya. Mereka tidak ada visi hidup sesudah mati. ✓ Bagi orang yang beriman hidup didunia ini adalah jambatan kepada hidupnya sesudah mati. Alam akhirat yang diimpikan. Mengharap Allah SWT merahmati segala usaha untuk melepasi ujian NYA di dunia ini dengan ganjaran syurga. Serta menjauhi dirinya daripada siksaan api neraka. ✓ Kehebatan syurga yang diimpikan adalah selepas hidup didunia ini dapat hidup didalamnya yang mana dia dapat melihat dan bersama dengan Allah SWT setiap hari. Kembali ke rahmatullah. ✓ Kehidupan didunia ini bagi orang beriman merupakan satu tempat yang diuji. Bo...