Ustaz Firdaus 120920

Kuliah Subuh

• Peperangan UHUD terjadi pada tahun 3 hijrah. Pihak musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan.

• Seorang Yahudi yang tinggal di Madinah. Rasulullah SAW beberapa kali mengajaknya memeluk Islam. Tetapi dia menolak. Pada malam sebelum peperangan Uhud terbuka hatinya untuk memeluk Islam. Dia turut bersama berjuang didalam peperangan Uhud, syahid dia. Baginda Rasulullah SAW menyatakan yang dia adalah ahli syurga.

• Pihak musyrikin membuat persiapan untuk peperangan Uhud. Siapa yang mengambil bahagian didalam tentera kafir Quraish akan diberi habuan yang lumayan.

• Pihak orang kafir diketuai oleh Abu Sufyan. Dan Khalid Al Walid mengetuai tentera berkuda. Mereka keluar daripada Mekah untuk menyerang Madinah.

• Rasulullah SAW serta orang Islam mengambil keputusan untuk bertemu musuh diluar Mekah. Supaya Madinah tidak diganggu kehidupannya.

• Tentera Islam sebanyak seribu orang. Tetapi tiga ratus daripadanya adalah pengikut Abdullah bin Ubai. Mereka ini adalah puak munafiq. Pada subuh hari peperangan mereka lari kembali ke Madinah.

• Pada 6 Syawal bertembung lah tentera musyrikin dangan tentera Islam. Puak kafir terbahagi dua kumpulan, satu dipimpin oleh Abu Sufyan dan satu lagi kumpulan berkuda diketuai oleh Khalid Ibnu Walid. Tentera Islam terbagi kepada tiga kumpulan.

• Satu kumpulan memanah orang Islam diperintah berkubu diatas bukit. Rasulullah SAW pesan kepada mereka jangan sekali-kali tinggalkan kubu tersebut walaupun apa yang terjadi.

• Pada peringkat pertama peperangan, orang Islam telah menang. Apabila orang-orang Islam yang berkubu diatas bukit melihat tentera Islam telah menang mereka lupa pesanan Rasulullah SAW. Mereka tinggalkan kubu diatas bukit. Kesempatan ini diambil oleh Khalid Al Walid untuk memanah kedudukan orang Islam. Ramai yang syahid. Rasulullah SAW terpaksa berundur.

• Baginda SAW serta pada para sahabat berundur naik keatas Bukit Uhud. Orang kafir cuba menawan Baginda SAW Tetapi tak mampu kerana ramai juga tentera memanah bersama Baginda.

• Setelah peperangan itu didapati ramai tentera Islam yang syahid. Ramai juga diantara para syuhada tersebut adalah ahli hafiz Al Quran.

• Kerana khuatir yang Quran  tidak sampai kepada orang ramai, maka diizinkan ayat-ayat Al Quran ditulis.

• Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914