Ustaz Yahya (imam) 020920

Kuliah Maghrib

• Beramal itu walaupun sedikit tetapi secara konsisten itu yang baik.

• Apabila seseorang itu melakukan zikrullah secara 'routine' itu cara terbaik untuk mendapat rahmat Allah SWT.

• Rahmat Allah SWT itu bila ia diturunkan kepada seseorang itu adalah dengan cara yang tidak terduga.

• Perlulah seseorang itu mendekati para ulama yang boleh dijadikan murabi kepada dirinya. Murabi tersebut dapat memberi maklum balas dengan status amal solehnya.

• Orang orang yang soleh disayangi NYA. Jadi segala doa mereka cepat dimakbulkan. Maka seseorang itu selain berguru dengan para ulama hendaklah berkhidmat secara kemampuan seseorang itu.

• Seseorang mukmin apabila dia hendak beramal soleh perlulah dilakukan mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT didalam Al Quran dan sunnah Baginda SAW.

• Ibadah yang dilakukan perlulah mengikut cara Baginda Rasulullah SAW. Yang disampaikan para sahabat, para tabien, para tabien tabien, para imam- imam yang besar, para ulama', sehinggalah murabi dan guru guru hari ini.

• Hendak beramal perlulah ilmu yang benar asasnya. Jadi perlulah seseorang itu mempunyai guru yang dia dapat belajar dengan sungguh-sungguh. Guru yang dapat dicontohi. Guru yang dapat memperelokkan amalannya. Guru yang dapat memberi kefahaman perkara yang tersurat dan tersirat. Guru yang dapat memberi kefahaman rahsia kejadian alam ini.

• Mukmin itu perlulah mengenal Tuhannya. Mengenal sifat-sifat NYA. Memahami dan beriman dengan perkara-perkara yang ghaib. Sekadar apa yang terkandung didalam Al Quran. Dan juga didalam hadith-hadith yang sahih.

• Memahami alam ghaib memerlukan seseorang yang tinggi amal nya dengan secara istiqamah. Kesucian hatinya yang sentiasa mengingati Allah SWT. Kunci alam ghaib bagi seorang mukmin adalah amal dan ilmu.

• Para ulama' yang terkenal telah meninggalkan cara dan contoh yang terbaik mengerjakan amalan yang soleh. Ilmu tasawuf itu merupakan cabang untuk memperbaiki hati seseorang agar dia dapat bersih daripada syirik dan maksiat. Walaupun yang kecil.

• Didalam ilmu tasawuf dididik hati itu dengan berzikir. Dilakukan dengan berterusan. Ada ulama' yang tidak tinggal sesaat pun didalam mengingati NYA. Sehingga apa sahaja yang dilihatnya dapat dikembalikan kepada kebesaran NYA.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914