Ustaz Shamsuddin 130920

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman setiap tahun mereka menyambut hari raya aidilfitri dan Aidil Adha. Ini adalah satu kebiasaan.

• Tetapi bagi orang-orang yang Soleh dan para wali hari raya mereka selain daripada hari raya yang biasa ada hari raya yang lain.

• Setiap ujian daripada Allah SWT seperti kemiskinan, kepapan dan ujian yang lain merupakan satu detik waktu yang istimewa. Kerana in menunjukkan bahawa ia sedang diuji oleh Allah SWT. Satu detik yang mereka suka dan gembira kerana ia mendapat keuntungan ruhani.

• Hari yang istimewa kerana dihari itu mereka dapat melawan hawa nafsu dan kegembiraan duniawi. Gembira dimana dia dapat meletakkan dunia di tepian sahaja berbanding dengan perjalanan hidup menuju ke akhirat.

• Pada detik ujian itu tiba. Orang orang yang soleh ini yakin bahawa ujian itu datangnya daripada Allah SWT. Jika ia memohon pertolongan hanya dipinta kepada NYA sahaja. Seolah olah ujian itu satu detik yang mendekatkan diri mereka dengan Allah SWT.

• Apabila diuji maka ketika itu yakin lah bahawa tiada yang lebih berkuasa daripada NYA. Situasi itu seakan bertemu dengan Allah SWT. Makin dekat dengan NYA. Lagi cepat menuju kepada hari yang dijanjikan, diakhirat kelak.

• Mereka beriman kepada Allah SWT dan bersabar menghadapi ujian. Mereka kuat melawan nafsu duniawi. Serta yakin akan janji Allah SWT yang balasannya adalah syurga.

• Semakin kuat iman maka semakin dekat hati seseorang yang beriman kepada Allah SWT. Apabila diuji dengan perkara yang dibenci oleh nafsu, maka lagi kuat imannya. Hatinya sudah berada didalam keadaan yang tenang dan cukup mengembirakan nya. Seolah mereka berada didalam syurga.

• Para ulama' tasawuf mentafsirkan fenomena ini merupakan syurga semasa didunia berlainan dengan syurga yang diakhirat nanti. Kemanisan iman bagi mereka yang dapat merasakannya merupakan nikmat. Gembira yang tak dapat di ceritakan. Detik hari raya.

• Orang yang beriman perlulah berusaha dengan melakukan ibadah serta beramal Soleh dan menjauhi maksiat serta kuat berzikir. Agar dapat mencapai tingkatan imam yang tinggi. Anugerah iman yang diberikan Allah SWT kepada siapa yang dipilihNYA.

• Apabila tingkatan imam yang tinggi dapat dicapai, setingkat demi setingkat seperti iman orang orang Soleh dan para wali maka pandangan hidup seseorang pun akan berubah. Segala kesusahan dan kesempitan hidup ini seperti detik yang mengembirakan hati. Satu hari raya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914